KLM semalam

Semuanya gumbira belaka kepada kengkawan yang join KL marathon semalam. Sungguh berwarna – warni para runners ku lihat semalam. Hari semalam mesti diraikan, ada yang meraikan dengan vest baru, kasut baru, suar baru, awek baru, topi baru dan lain2 gazet yang dipasang dianggota badan. Ramai juga yang memasang prop tanda suka2. Contoh Otai dari Jepon tu siap bawak giant horn arak 42km…bayankanlah memang superb. Jika menunggu tahun hadapan mungkin boleh dan mungkin tak boleh. Semuanya bergantung kepada keizinanNYA.

Banyak corat coret di sepanjang larian semalam termasuklah aku. Niat untuk mengurangkan timing halfM daripada 2:22 ke 2:12 tergagal sudah. Kaki diserang blister kerana salah pakai stokin di km15 membuatkan kaki aku pedih untuk meneruskan larian. Pancit pun ye jugak. Selesai larian sesudah ambik goodie dan bag terus aku ke booth medic, tujuan asal nak mintak plaster bertukar menjadi minor surgery bila aku izinkan petugas kat situ cucuk anak jari kaki aku dan gunting kulit yang kena blister itu…adohh pedih. Pastu aku capik mendapatkan kengkawan lain untuk meraikan hari raya runners semalam.

Namun ku punya hati membisik rasa syukur kerana akhirnya aku sampai jua ke garisan penamat dgn masa 2:18. Dengan hati yang ikhlas kekadang menjadi tak keruan bila kaki pedih dan pancit melanda. Menamatkan larian sejauh 21km itu adalh satu kepuasan apa lagi kpd yang join full dan berjaya pula dengan PB atau nek podium. Tahniah kepada kengkawan yang berjaya melaksanakan gerak minat diri sendiri…tiada paksaan penuh kejujuran. Penampilan anda menguasai acara full adalah sangat luar biasa. Sape2 saja yang terlibat melaksanakan acara ini tak kira besar dan kecik sumbangan amat dihargai dan semoga Tuhan akan membalasnya di kemudian hari.

Layan “i will survive” apa salah sekejab, sempena peristiwa semalamđŸ™‚

2 Responses to “KLM semalam”

  1. inahbiomed Says:

    salam, i’m interested to join tt kuda runners, can i know how to join>

    razinah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: