PONTIANAK AMEEERIKA

Lama dah tak masuk panggung, dulu terlepas citer avengers dan kali ni aku tak mau termiss lagi citer Hantu Lincoln.  Sementelah tertengok sebuah klip dalam web maka telah mengerakkan hati aku ingin tahu samada best ke tak best tentang sebuah citer  Abraham Lincoln: pemburu pontianak…jeng…ke jeng….jeng…kejeng.

Lakonan, costume dan set prop dedulu yang amat mengakumkan aku. Kejadian dedulu yang telah dijelmakan semula dengan menggunakan teknologi visual yang canggih. Tak termampu oang kita nak buat sebijik cenggini beb. Malam tadi jugak aku klik2 online, oo ada lagi tiket c, kerusi no 11…cun dan terus aku gi serang tayangan tengah malam di mid valley dengan ditemani oang umah setelah pulang dari Sh Alam.

Peristiwa 150 tahun lampau difilemkan dengan teknik spesel efek tiada tandingan. Lincoln berlawan dengan Pontianak yang digarap oleh Timur Bekmambetov dari novel asal oleh Seth Grahame-Smith. Ayoyo seni dan sains dikuasai dengan sempurna maka lahirlah filem hebat, semua oang naik heran, bebudak kalau nengok pasti menekop muka. Klasifikasi 18 pl ni.

Bagi aku pula mata tengok keheranan tapi hati gelak pun ada kerana pontianak2 semua menjadi musuh negara dia oang tak pepasal…apa kes, dajal betul. Lantak pi la…ni kan filem je…kan. Penamat citer nak kasi chick oleh pengarah – sekor terlepas sampai hari ni berada dalam bar post dok kat sebelah mamat tngh message dalm FB. Aksi filem seram corak fantasi ni kadang2 aku rasa macam ada udang disebalik me udang Mek Jah kerana pembikinan banyak filem hebat dibelakangnya didokong oleh oang2 tertentu…sape? tau2lah sendiri🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: