2012 PD TRI

Sila klik untuk mengetahui apa itu triathlon. Ramai yang memanggil Tri sahaja pasal senang sebut. PD Tri juga seperti hari raya pada kengkawan triathlete, bagi aku sama seperti runners merayakan KL Marathon 2 minggu lepas. Tri kali ke 6 aku lakukan semalam dan selamat dibuat dengan masa tak rasmi lebih kurang 3:14 gitu. Ramai yang virgin (1st time join) mesti rasa gundah gelana sikit mungkin.

Penyertaan Tri paling ramai dan telah dimasukan dalam Guisnees Book Record edisi Msia. Pasti kengkawan yang join turut bangga pada diri memasing. Penyertaan aku pula lebih slow 2/3 minit jika dibandingkan dengan tahun lepas, biasalah dah tue beb. Gogel aku masuk air setelah 50m swim dan aku gagal untuk betulkan balik dan terus swim dalam keadaan mata yang pedih. Air bertakung dalam gogel penglihatan terganggu libasan huru hara kekecewaan datang melanda. Jelas gogel baru ni tak sesuai shape mato gue, nak tolak sape nak? bagitau.

Bila peloton belakang grup relay datang attack lagi membuatkan aku tak keruan dan terus aku buat gaya dada mengelak swimmer yang mantop2. Kalau lah kaki depa kena kapla aku mau pitam, jadi kalau pitam dalam air al maklumlah apa akan terjadi kan. Atas darat ok lagi, ini dalam air jangan memain.

Akhirnya aku mendarat dalam masa 44 minit. Distance renangan terasa jauh kali ini, munkin terlebih dalam 100 m gitu. Entahlah, perasaan aku ke rasa jauh tapi last year rasa senang sikit.

Sampai ke transation area, sekali lagi aku ambik masa panjang pasal nak pakai stokin la, minum air jampi/energ drink haha itu la…ini la nasib tak sikat rambut sama. Ada ke pulak padle beskal boleh terseret tali beg terus sampai ke luar kandang, announcer kat situ bagi tau dan member yang jadi penonton gelak sambil joke “ni mesti mau podium beg kasi seret, klako lak. Mamat announcer tu bantu pegang beskal aku sekejab dan aku belari hantar beg mizuno tu balik kat tempat asal. 4/5 minit masa terkorban kat situ.

Dalam 4 km berkayuh menghala ke PD highway tetiba aku ternampak Yim tengah bediri tepi beskal dan dalam hati aku berkata “pesal dia stop dengan tetiba”? Jawapannya Yim terjatuh dan lututnya kedua belah berdarah. Aku cuba nak tolong dan siap sedia nak bukak klip kasut tapi Yim soh jalan pulak dgn tenangnya tak mau ganggu aku tengah memulun agaknya. Juga aku rasa dia “under control” dan kontrol mancho di masa tu. Tak sedap hati lak aku biarkan dia sengsorang kat situ. Dengar citer dari kengkawan Yim patah balik ubatkan lukanya pastu dia teruskan perlumbaan balik, respek tul pada si Yim ni, kalau aku sah dnf, tarik diri.

Kayuhan kali ini best betul tapi kena berhati2 kerana ramai rider tegar depan dan belakang datang attack macam tebuan. Semasa berkayuh aku perlu menyimpan tenaga pasal 10km running menunggu. Ada Minah sorang tu pakai beskal chooper je tapi kayuh macam tak henggat semasa menghala ke Linggi sering berlaku adengan atack meng ataack dengan aku, wah siap nyonyot power gel bukan main tapi pesal la gugrl power ni tak pakai RB. Kalau dia kayuh guna road racing bike, bengkali mau mkn asap aku. Bila berpatah balik tak nampak pulak dia kat belakang. Akhirnya aku tamatkan kayuhan aku dengan masa 1:31 minit

Masuk dalam kandang letak beskal untuk meneruskan larian tak ada masalah dan bila nak keluar ke jalan besar, datang dari belakang Azan geng relay pastu si Mahi pulak dari team teruna dara megambil giliran over take aku. Ku biarkan je dengan tenang tanpa iri hati langsung. Mahi ni boleh polo tapi aku singgah kencing pulak semasa sampai kat u turn di km5. Perasan nak kencin ni dah lama aku tahan smenjak dari Jalan Linggi lagi.  Lelama si Mahi dah jauh pastu aku biarkan sahaja. Pace larian dalam 6/7 minit dan cuaca dah mula membahang. Route larian lebih  kurang sama macam PD beach night run dulu, ada off road sikit tapi best, cantik dan kekadang berpayungkan pokok ru yang ada kat situ. Bila Lalu di Tanjung Tuan Resort menempoh pulak guest2 yang sedang mandi manda di Kolam Hotel membuatkan ada yang keheranan melihat kelibat peserta2 semua. Larian aku tamat dalam masa 57 minit gitu.

Begitulah selengkar kisah sebuah triathlon yang kengkawan lain patut try…u jump i jump kelaut, u kayuh i kayuh, u run i run hambat menghambat selagi boleh. Photo oleh Tey, TQ.

6 Responses to “2012 PD TRI”

  1. RaY Says:

    Tahniah tok, terbaek!

  2. yimsterz Says:

    Tahniah KR! Pape pun berjaya gak dengan misi PD Tri ni. Jangan serik ok! Masa KR heret beg kat beskal tu, saya kat belakang KR je. Siap jerit kat KR sampai tak dengar. Kusyuk sangat kot hehe.

    Timakasih bertanyakan saya masa beskal tu. Masa tu saya pon masih dalam kezutan tapi dah lama tu rasa ok plak. Memang nak DNF masa crash tu tetapi bila dah balik.sampai kat medic tent tu, rasa ok plak so teruskan je lah hehe.

    Tahniah kali ke 6 ya! Mantop!

  3. h@nchik Says:

    terbaek tok..

  4. zulhassan Says:

    desaru jgn lupa ya

  5. fairul Says:

    tahniah KR! keep on TRI!

  6. Azrul Adnan Says:

    tahniah uncle KR! Terbaek! terima kasih sebab ajak roy berenang kat UM..kalau uncle tak ajak..barangkali roy x kaan buat OD Tri tahun ni..terima kasih sekali lagi..dan Tahniah untuk kali ke-6!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: