KE 4

Hari kedua puasa aku cuba berlari sejauh 5km dgn laluan berbukit, alhamdulillah selamat sampai dan semalam aku up lagi sejauh 7.4 km juga berjaya dengan kadar pace 6.15 sekm. Elok tak pitam cuma tekak je tak boleh tahan kehausan. Semalam juga terbaca fatwa ahli sukan islam yang menyertai olimpik boleh ponteng puasa. Heran den heran, lantak pi la ahli sukan tu nak posa ke tak posa…pehal lak kowang nak menyebok. Tentiam sudah, banyak bercakap nanti spoil banyak perkara. Harus dingat tentang peperangan badar al kubra di bulan posa. Untuk sindrom efek tubuh bersukan ketika berpuasa sila klik, jangan bimbang fakta internet melambak ada, tak payah ushar ke library ke atau mengumbah almari buku.

Selepas itu aku harus membeli dan mencari jika ada lagi juadah2 untuk berbuka kerana maklumlah aku dah terlewat dan akhirnya aku membeli 4 kuih akok (60 sen sebijik), 2 mertabak, 2 roti bom, 2 kuih benkang ubi. Keputusan tastenya kuih akok dan benkang ubi terbaik manakala mertabak & roti bom hanya sekadar boleh tahan je. Semalam juga aku ternampak labu bersira dan kuih tepung pelita yang nampak macam sedap dan petang ini aku pasti mencuba.

Juga petang ini juga aku harus berenang dengan pengawasan air tidak masuk ke rongga. Fatwa pasal ni aku tak perlukan sangat pasal ada geng imam pun turut join swim. Set di hati dgn tujuan niat murni iaitu mau berlatih membetulkan teknik swim ang lintang pikang dan kesihatan sahaja. Lain-lain hal tak ada. Puasa ke empat kita dah, memang cepat masa berlalu….akhir kalam selamat berpuasa semua yang singgah ke blog aku ni.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: