MAYUMI

Pejam celik dah 25 hari kita berpuasa, masa yang pantas tiada sape boleh tekan break. Ramadan tetap akan meninggalkan kita jua, insyallah panjang umur berjumpa lagi di tahun depan. Jangan sedih2 dan jangan berduka lara, buat seperti aku yang telah merempit sejauh 7.5km petang tadi sebelum azan tiba. Kadar pace 6.15 minit se kilo…ok ler.

Sebelum merempit aku meninjau bazar di Sek. 14 terlebih dahulu dan aku beli  sira ubi yg jarang kutemui, bubur jagung sebungkus dan aneka agar buah2an serta caremel. Setelah berbuka semuanya tak menghampakan cuma bubur sajer yg terlebih manis. Nak kena bagi oang potong kaki ke…apa.

Selepas selesai berterawikh dengan bacaan imam yang sangat best seperti biasa aku menjamah seketul popia basah dan sepotong tembikai…wah sedap tiada tandingan moreh tadi. Terus pulang aku teringat lagu Jepon nyanyian Mayumi Itsuwa iaiatu lagu ribaibaru…ingatan aku juga kepada Razak Sensei ketika belajar Bahasa Jepun di Wisma Belia pada tahun 1992 dulu…masih sihat ke lagi, aku pun tak tau.

Ingatan ini aku jelmakan semula dengan memasukan lagu/audio ribaibaru kedalam video klip program gelandangan pada Jumaat lepas walaupun pada mulanya aku insert lagu terasing dari aruah Sudirman. Suara sedih mendayu seorang penghibur lagenda dari matahari terbit….cer dengar dan nengok amacam.

http://youtu.be/znYCFCixt5o

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: