LATIHAN & FATAMORGANA

Malam tadi diadakan latihan bercorak running clinic yang dikelolakan oleh Din Sofia (nama manja, asal ialah Shahrudin Hashim, marathoner negara) bertempat di Taman Titiwangsa, KL bermula pada jam 8.00 mlm. Sebagai sokongan aku buatkan sebuah poster untuk publisiti di FB. Lakaran wajah beliau yang ada pada poster telah aku buat lama dulu.

Seramai 45 orang runners telah datang walaupun hujan turun dengan lebatnya. Kengkawan yang naik motorsikal, tak jadi nak start moto pasal benda ni. Ramai juga yang telah berpatah balik. Kalaulah hujan tak turun malam tadi, pastinya lebih meriah lagi.

Aku pun turut serta dan bila sampai di parking langsung tak boleh keluar dan aku terpaksa menyalin pakaian dalam kereta wow…cool. Walaupun hujan mencurah2 turun namun latihan tetap diteruskan di dalam kawasan berbumbung. Sesi latihan berupa warm up, streaching, drill, circuit dan cooling down.

Alignment lutut aku jadi tak betul sikit pasal merempit ambik selekoh tajam semasa buat fatlek (speed play). Juga aku sempat test kasut newton isaac yang baru aku baru sambau. Model isaac ni tak dapat menandingi model trainner yang sudah aku beli dulu. Sekarang aku dah ada dua pasang brand newton. Mungkin isaac untuk training biasa/geli2 dan trainner diguna untuk race 10k we run kl dan lain lain hari mendatang.

Selesai latihan berborak2 serta sesi photgraph dan terus ke sany restoran untuk makan pasal perut telah menyanyikan lagu keroncong. Dinner malam tadi aku baham benjo seketol, kuew teow sepinggan, nasi setengah dan air barli. Gred makan kat situ hanya setakat boleh tahan je.

Semasa perjalanan pulang melalui jalan parlimen di dalam kereta berkumandang lagu hijjaz dengan tajuk fatamorgana…….sahdu sekejab. Liriknya begini:

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

( korus )
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

( ulang dari korus )
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti

Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: