LARIAN NIKE & WARGA EMAS RUN

Werunkl berlalu sudah, akhirnya aku bersama2 15 ribu pelari yang lain dapat juga menamatkan larian dengan masa 53 minit. Demam melanda semenjak terkena hujan semasa sesi latihan di Taman TT hari rabu lepas. Lautan manusia berbaju hitam memenuhi sekitar Jalan Ampang dan dirakam secara terus oleh Setesen Astro. Remote camera menggunakan mini helicopter berligar2 mengambil sudut pandangan dari atas.

Ramai kengkawan telah datang awal untuk menyelit di kelompok depan untuk memastikan medal limited edition untuk 100 pelari terawal berada dalam gengaman. Ada yang dapat dan ada juga yang gagal. Kelompok 100 pelari  yang ingin mendapatkan medal mestilah membuat 46 minit dan ke bawah. Untuk aku 10km dengan masa seperti itu adalah mustahil, habis2 pulun dah ni. Kalau pun aku berada di garisan depan mungkin perbezaan seminit dua sahaja.

Juga misi nak sampai dalam anggaran masa 52 minit gagal sudah, mungkin aku berada di kelompok belakang menyukarkan untuk melaju pada 4km awal. Selama hampir 4 minit untuk melintasi dan memijak carpet pengesan timing dan seterusnya berlari zig zag dalam pace 7/8 minit. Sampai ke km ke 5 jalanraya menjadi lapang dan barulah aku bersama teman bernama newton trainner menyusuri dan mengasah jalan dengan kadar pace 5 minit.

Banyak sungutan oleh pelari2 tentang kaedah penganjuran yang kadang2 spoil juga. Lebih baik penganjur kekalkan sahaja larian seperti yang dibuat pada tahun 2011 lepas  iaitu bermula dan berakhir di tempat yang sama (Padang Merbok). Kesian aku tengok pengguna jalan raya mengalami trafik jem lebih2 lagi petang Sabtu.

Larian warga emas pula pada keesokan hari (pagi ahad semalam) juga turut aku join. Flag off bermula jam 7.30 pagi dan route mengililingi PJ state. Best menarik.  Larian sempena sambutan hari warga emas itu aku tamatkan dengan masa 30 minit sejauh 6km dalam keadaan tak berapa sihat. Peristiwa malang beberapa buah kereta runners yang mengambil bahagian kena pancit di Kawasan parking A&W menjadi sedikit trajedi kepada larian semalam. Pasal parking sejam dua terus menjahanamkan tayar kereta. Jahat sungguh manusia sekarang, tak puas hati terus buat tindakan. Kalau betul angkara staf di situ, mulai hari ini tak hingin aku nak datang makan kat situ…Mari Boikot. Bukan sihat pun makanan segera ni lebih2 lagi macam aku ni. Gambar oleh Best of Running & Atan Mustafa.😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: