BOND JEBON

Malam tadi aku telah menonton filem 007 terbaru bertajuk skyfall yang patut aku bagitau dengan ungkapan “kelas ko nyah” yang plot dan jalan citer diubah kepada kisah lebih bercorak realiti. Tiada lagi tembakan nuklear mengancam dunia seperti dedulu tetapi skyfall kali ini dengan kisah lain pula. Adunan teknologi spesel efek canggih computer generated yang melanda membolehkan art director mereliasasikan apa jua aksi dan prop yang mereka mahu lantas sudut pengambaran dipaparkan dengan berjaya dan amat klasik  sekali.

Sulaman prop  diantara yang lama dan baru juga menjadikan aku terus teruja untuk terus menonton sampai habis sehinggakan aku tak rela pulak filem tu ditamatkan dan rasa perlu diteruskan 2/3 jam lagi. Mau sampi suboh pun aku tak kisah kalau macam ini punya cerita. Wah kereta aston martin – era Sean Coneary pun dijelmakan semula….terangkat beb. Banyak scene yang aku suka dan berjela2, ada lebih baik koang nengok la sendiri ataupun tak lama lagi hupload sajalah.🙂

Biasalah seperti yang lalu, keluar sahaja panggung terasa diri macam 007 pulak sehinggakan pergi kencin pun pegang kepala paip pun semacam. Wah memandu memegang stereng seperti mencilok lagak Craig dicelah2 parking di Tropicana mall…hampehhh sungguh.

Semua siri filem 007 aku tonton dengan pertama kali aku mencerubus masuk dalam panggung ialah pada tahun 1978 dengan tajuk the spy who loved me di panggung lido klang iaitu semasa hero Roger Moore menguasai kegilaan orang ramai. Masa itu aku dalam tingkatan satu. Mat Sentol ialah 007 kelakar filem melayu dengan ungkapan “nama aku bond…mat bond” manakala filem Jurang Bahaya yang diherokan oleh Jins Samsudin pada tahun 1968 pula adalah filem bond versi melayu serius tiada tandingan sehingga kini. Bond gugirl melayu pula bertajuk Nora Zain hasilan tahun 1965….🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: