LEMAU(MAN)

Bagi aku triathlon (swim bike  run) lagi senang dari duathlon Powerman ni.  Berlari paling banyak menggunakan tenaga. Dengan 2 leg run dan 1 bike menjadikan acara ini lebih tough sifatnya. Tidak ramai kengkawan lain  yang berupaya melakukannnnya.  Walau begitu pada tahun ini aku juga turut serta mengambil bahgian dalam acara sprint dengan penyudahnya menamatkan perlumbaan dengan 2 jam 14 minit 26 saat meliputi 5.7km run (28 minit), 32km bike (1:06 minit) dan run 5.7km sekali lagi (34 minit). Masa aku di transation area ialah dalam 4/5 minit. Powerman@Lemauman begitulah hakikatnya aku. Biskut lemau cicah air kopi gamaknya.

Ikut sejarahnya siri duathlon powerman memang glamour dan telah diadakan semenjak tahun 2002 lagi. Pada saban tahun Manjong, Perak dipilih sebagai tempat venue event diadakan namun pada tahun ini pula giliran Putra Jaya telah mengambil tempat untuk para triahlete merempit mengguna kaki dan kayuh (run & bike).

Jika pada tahun 2002 hanya 237 peserta dari 10 negara yang memenuhi kandang penyertaan tetapi kini penyertaan meningkat berkali ganda mencapai jumlah 2,817 dari 30 buah negara. Putra Jaya paling terbaik dan sesuai untuk acara hebat seperti  ini. Penganjuran, sukarelawan, medal, finisher tee, water station aku bagi 4 bintang.🙂

Imej grafik sempena Powerman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: