GEMBIRA

Sebuah sketsa meraikan berita gembira untuk anak aku Aina. Mendapat keputusan 5A peperiksaan UPSR yang diumumkan pagi tadi. Aku ada bersama semasa penyerahan slip peperiksaan diserahkan di dalam dewan sekolah. Ini exam besar pertama untuk dia dan akan ada yang lebih besar selepas ini.

Landasan atau rel perjalanan keremajaan telah bermula. Aku dan isteri perlu membina tapak keyakinan untuk dia seronok belajar seperti kakaknya yang lalu. Walau begitu, ungkapan “insyaallah” mesti mau ada kerana pepehal pun ketentuan yang maha besar itu adalah wajib diingatkan.

Peristiwa pagi tadi, apabila dia dapat tahu tentang keputusannya terus dia menangis gembira seraya memeluk emaknya dan juga aku. Ramai juga ibu bapa yang emo terhadap anak mereka. Mestilah anak kan…anak kucing lagi dibelai ini kan anak sendiri. Anak ikan…ha jangan cari pasal, tapi ikan emas blow bubble dalam akuarium tu cun. Akuarium ni pun bahaya jugak.🙂

Sketching ini adalah hadiah sempena kejayaannya pagi tadi. Simpan, bingkaikan gantung dibilik…insyaallah boleh tahan berpuluh tahun. Jika aku tiada lagi di dunia yang fana ini, suatu hari nanti pasti dalam hatinya berkata hebat jugak abah aku ni melukis potretnya walaupun tak berapa nak iras sangat. Wah kemain lagi anak aku ni demand mintak hset samsung lagi…terpaksa aku share dengan mem (pn sri la) tangkap satu kat Digital Mall sekejab tadi. Aku jugak yang setia dengan sonny lama yang layak digelar chap ayam setelah kegemilangannya berlalu kerana disayor oleh android yang membadai giler. Kalau aku kata layak  dibaling pada kucing tu ok tapi cat@kucin mengiau hset jahanam, baling anjing tak mau sebut…kasar bunyinya.🙂

6 Responses to “GEMBIRA”

  1. zulkipli galeh Says:

    Tahniah bro….

  2. roy Says:

    alhamdulilah..hebat anak2 uncle..sedih plak part last2 tu..uncle jgn la ckp mcm tu..

    isu sony dulu memang hebat! dulu lawan dgn Nokia je..sekarang android masuk..apple masuk..bb masuk habis tengelam dalam um punya pool la uncle..hehe

    khamis swim tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: