DALAM HUJAN

Hujan yang turun bagaikan mutiara…. diantara bait pertama lirik lagu hujan oleh aruah Sudirman yang dikarang oleh Syed Haron. Aku tak jumpa mutiara pun malam tadi tapi nampak air menitik ke atas dedaun ada seperti maksud dalam lirik  ketika aku merempit di Lake Garden, KL dengan jarak 10km dalam hujan mencurah turun. Nak tau pukul berapa? pukul 9.30 malam beb.

Sekarang ni pepetang  je hujan, jadinya susah aku nak ejas untuk mengasah  jalan. Tunggu punya tunggu hujan tak reda2 lantas aku balun je lah dalm hujan dengan layan route larian hijrah yang aku join ahad kelamarin. Selalu aku layan route di UM dan kali ni ubah angin la pulak lagi pun aku rasa macam best kat sana dan dapat pula mengingati nostalgia dulu semasa muda belia berletih2an.

Jika larian hijrah yang berjarak 5km dengan masa  24: 30 tapi malam tadi aku buat 2 loop dan 2 kali juga tercium bau kambing dekat Taman Rusa. Kambing ni dalam hujan bertambah2 pulak bau keharumannya. Tak kan nak wangi sepanjang masa kekadang bau camtu pun kena layan jugak sekali sekala kan. Sejak azali lagi bau dia memang cengitu tak boleh buat apa2. Kambing kacukan kat reban UM pun bau nye sama.  Pakailah minyak wangi rindu malam. Taman rusa bela kambing…..tu yang aku heran kepada pengelola taman siar LG ni. Rusa dah berkurangan kambing pulak banyak. Mbeekkkkkkkkkkkk.🙂

Walau begitu letihan dalam hujan semalam selesai dalam masa 58 minit untuk jarak 10k. Pehal lapik kasut isaac sebelah dalam yang aku pakai bergulung ketika turun bukit di Pusat Islam. Basah agaknya, ada juga kelemahan kasut ni rupanya. Peluh yang keluar rasa masin walaupun dah bercampur dengan air hujan. Banyak toksik agaknya badan aku ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: