LARI MALAKOFF (3)

run-malakoffMalakoff run edisi 2012 melanyak Bukit Damansara telah aku tamatkan dengan masa 66:19 saat (masa stop watch aku) menggunakan bib Mohammad Azan. Entah macam mana masa aku dapat dikurangkan selama 10 minit jika dibandingkan dengan tahun lepas. Mungkin bantuan dari kasut Newton atau latihan dedulu membuahkan hasil.

Dua minggu sudah aku terkena minor hamstring dibelakang peha ketika main speed di UM Arena dan membuatkan aku rest selama 5 hari. Dalam tempuh 5 hari itu aku layan berenang serta membuat regangan di dalam air dan akhirnya pulih. Tempuh itu juga weight aku naik mendadak hingga mencecah 80kg sehinggalah race pada hari ini dalam lingkungan 79 kg juga. Semasa cuti dgn kelurga di Avillion PD aku belari 2 kali iaitu sekali di jalan ikut route PD Tri dan sekali di track mile dan yang lain2 aku layan berenang je.

ice packSemasa run pagi tadi ada juga terasa berdenyut geli2 ditempat yang kena hamstring tu dan kekadang di calf pula. Perkara ini memaksa aku memperlahankan kadar pace. Loop kedua bukit terakhir aku tak berani henjut ala kamikaze kerana bimbang takut pitam dan heart kacau bilau kerana bukitnya mencanak macam Bukit Chenta UM. Semasa turun last 1.5km aku berani lajukan pace aka heel kick a butt sehingga 4.2 minit dan terus sampai ke finishing line. Purata keseluruhan pace ialah 5.30 minit sejauh 12km.

Semua peserta memakai baju warna merah pink cerah dan semua runners my-run-malakoffkelihatan sangat cerah ceria terang menderang di Jalan sekitar Bukit Kiara dan Damansara. Pemenang2 sama seperti calon2 podium yang terdahulu. Muka2 baru perlu dipodiumkan supaya lebih adil gamaknya kukira tak kira oldtai atau muda, ayoh berletihlah.

Finisher medal yang diberi hari ini, cantik dan memuaskan hati dan mungkin CAR relay nanti munkin lebih baik dari ini. Juga hati gembira dapat bertemu ramai kengkawan runners yang lain tapi sayang geng2 Chap Ayam langsung dah tak berkumpul seperti dedulu. Memasing semua dah balik menyisihkan diri. Berkenal bermesra merapatkan saidatulharim sesama runners seperti dahulu dalam kumpulan CAR telah tiada lagi.

Bisikan syaitan supaya berlaku sombong telah melanda diri maka berlakulah perasaan gundah gelana. Tujuan asal yang murni dan ikhlas hampir menjadi seperti segelas teh tarik tersegong siku tumpah di restoran pelita.🙂 Bertemu muka mengalih pandangan…..gasak korang lah. Cahaya lilin demi menerangi kelangsungan pelari2 melayu dalam santai gelak selamba yang ku harapkan hampir terpadam. Apo nak dikato. Ayuh, bersatulah dan kembalilah dengan semangat setiakawan. Teruskan kelangsungan dengan kekuatan mengisi jiwa rohani kuat dan tabah.

Larian seterusnya mungkin aku join larian Morib sebagai penutup kalendar larian 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: