LARIAN MORIB 3

morib 3Larian Morib edisi 3 berjaya aku tamatkan dengan masa 62:08s dengan kadar pace 5:10m pagi tadi. Bertolak dari rumah (PJ) seawal 4.30 pagi dan sampai pada jam 5.55 pagi di Pantai Morib. Ambik bib dan terus bersolat subuh di Masjid Morib dan kerete parking sahaja di dalam area situ.

Flag off kacau bilau sikit pasal semua peserta yang lama menunggu untuk mula merempit di jalan besar namun telah dipanggil semula 200m ke belakang dalam keadaan hujan mula mencurah turun. Hanginn nak tunggu sape pun aku tak tau. YB Yunus pun tak nampak. Pelepasan pelari terlewat sejam dari jadual asal iaitu 6.30 pagi. Terhegeh2 organizer ni, jam 7.30 baru picu pistol kapur dipetik. Runners menjerit2 tak puas hati dan mereka  mula bersepah2 ada yang dok di bus stop, bawah pokok dan khemah. Ada juga runners yang hilang mood pasal dek perkara tersebut tapi aku buat selamba jer.

Sungguh terpesona melalui tepian pantai dalam keadaan hujan dan berangin menuju ke Pantai Kelanang dan berpatah balik ke Morib semula sejauh 12km. Pohon bakau, lagak pemancing, grup pemukat, kampung Nelayan, bot2 Nelayan, kolam ikan dan ombak laut memukul benteng tembok. Semasa lepak kat tembok pantai bila abes merempit saja aku tadah dengan badan supaya ombak itu memukul pada aku. Memang aku memilih Morib dari larian Newton pasal aura ini. Teringin nak swim dalam laut berwarna kelabu itu tapi rasa letih kerana semalamam tak tido….biasalah cenggitu. Route pulak terasa macam over distance pulak hari ini tapi malang si garmin pengukur jarak tidak ada ditangan untuk disahkan.

Perjalanan bersama seisi keluarga juga sebagai xtivt cuti sekolah yang sudah 3menghampiri penghujungnya. Hasrat nak tempah hotel tak kesampaian kerana semua dah penuh. Alhamdullilah misi larian ini berjaya dan timing lebih cun dari edisi tahun lepas. Bebanan masih lagi 80kg dan susah untuk buat pace sub  5 minit tapi aku juga berjaya menghampiri jarak geng2 oldtai yang mana jika dulu kena sayo bertiang2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: