LATIHAN RENANG

pd swim 1Kalau nak berenang laut datanglah ke PD sebab laut ni paling hampir dengan KL dan airnya masih jernih. Kebetulan kelab aquaputra menganjurkan latihan renangan laut ini sebagai persiapan untuk join Kapas/Marang maka dengan pantas aku join. Bagus sekali event pagi semalam lengkap dengan insuran, bot pancung dari pertahan awam, kayak pengiring sebanyak 3 buah…pehh best mengalahkan event triathlon walaupun perenang seramai 17 oang sahaja. Tak pernah aku berlatih berenang dijaga keselamtan seperti ini. Dulu pernah aku layan sorang2 je.

Renangan bermula dari Bayu terus ke Avillion sejauh 1.5km dan aku ambik masa dalam 33 minit untuk sampai. KC dan Latif sampai dulu dan melambai tangan kerana bering aku macam nak ke Cove, Avillion. Lepak sekejab untuk tunggu geng lain sambil makan pisang minum air dan lepas tu berpatah balik dengan masa 40 minit (lambat sikit mungkin menongkah arus agaknya).

map-pd-swimSampai di darat, rehat sembang sekejab serta makan dan minum seterusnya kami ikut pulak member kayak nak pulangkan kayak ke Sg. Pisang sejauh 3 km dari situ. KC, aku, Latif dan sorang member dari kelab berenang itu best setuju nak ikut walaupun jam sudah pukul 1.15 tgh. Renangan ok tapi pdd swim 3kadang2 tangan hampir terkena batu karang kerana batu2 di kawasan situ semua besar2. Kekadang nampak jugak ikan tapi tak kenal ikan jenis apa. Akhirnya kita oang hanya ke Pantai Saujana dengan jarak 1.5km ajer kerana tak sanggup nak terus ke Sg. Pisang. Ijal, Roy dan Kona Amerika menunggu dengan kereta di tepi pantai Saujana untuk ambik kami bertiga umpama pendatang seberang menyeberangi selat Sumatera gamaknya. KC payung duit mandi tandas awam kat situ dan mandi bersih diri dan terus pergi makan ke Gerai di Bayu. Jumlah renangan sejauh 4.2 km kesemuanya. Syabas pada penganjur, terima kasih pada Ijal tumpang kereta dia dan semua kengkawan yang terlibat. Gambar oleh Roy dari kamera Latif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: