IMEJ TABUR

Citer sejarah sikit – Bukit Tabur juga dikenali sebagai Bukit Hangus yang mana di bawahnya terdapat empangan Klang Gate yang  dibina selepas Msia merdeka iaitu pada tahun 1958. Setelah lebih dari 55 tahun dibina ianya masih kekal indah dan tenang kelihatanya, juga dianggap sebagai warisan negara. Jangan buat tak tau pulak ye, empangan ini maha penting untuk penduduk Lembah Klang kerana ianyalah yang menyalurkan air sebanyak 145 juta liter air sehari. Manusia hidup memang memerlukan air (ayat skema).

melukis-taburBukit dan empangan memang sinonim kerana dicelah bukitlah selalu tempat  takungan air dibina..banyak lah fakta. Ok lah beb, sebenarnya aku nak citer pasal semalam Bukit ni telah aku daki bersama kengkawan yang lain iaitu seramai lebih kurang 7 orang semuanya – lihat imej foto mereka yang berjaya dan selamat turun dari Tabur semalam, wajah2 setenang air di empangan muka dia oang.

Semasa di puncak sempat aku sketch lakaran imej bukit yang berlapis2 tu. Aktiviti mereka yang lain pulak ada yang tido, ambik gambo, main fb, melenggung, makan2 dan rehat menenangkan hati memandang tasik yang indah itu.

Lepas turun muka dia oang grup taburtak penat langsung ku pandang. Fit la katakan, golongan runners (ahli sukan) lagi – apa de kisah bukit2 cenonit macam nih. Aku pulak sebelah malam layan night run Bkt Centa (9k), tido tak berapa cukup pastu start hiking asik menangkap gambo dan bila sampai puncak melukis pulak….adoi letih kapla dan body…la ni semasa karangan ni ditulis aku dah demam, padan muka aku🙂.  Lagi satu hal lutut memang tak berapa best  jadinya masa turun semalam alignment macam ada masalah bila menuruni cerun. Nasib baik ada tongkat hiking pinjam Dr. Fidah punya. Issh kalau tak ada  stick  hikmat ni memang nahas jadinya.

Ini pulak lukisan water colour painting untuk ambik mood sebelum memanjat Tabur. Boleh aku lupa dah panjat ke tidak bukit nih. Rasa macam belum, tapi pepe pun sebuah pendakian berupa pengalaman menguji stamina aku yang telah oladtai, dapatlah satu kepuasan. Semasa melukis terdengar laungan selawat di bawah (Kampung Klang Gate) kerana hari semalam ialah sambutan Maulidur Rasul. Laungan sayup dari pembesar suara menambah ketenangan aku di puncak atas. …..geng2 lain yang join pun best. Pehh makan kat Taman Melawati….reramai tu insan yang baik hati ni payungkan, murah rezeki doa dalam hati aku bacakan🙂

lukisan bukit-tabur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: