IMEJ TABUR LAGI

sketch-tabur-2Sketching yang di Puncak Tabur minggu lalu telah ku perhalusi (touch up) form & warna. Ketika berada di atas dulu nak cepat turun kerana langit kelihatan mendung dan bimbang pula hujan akan turun. Tu pasal tak boleh lelama. Kengkawan lain boring lak kang nak menunggu aku.

Mungkin akan aku frame untuk dipamerkan untuk pameran yang mendatang. Eh lama betul aku tak mengendung alatan melukis naik ke puncak bukit seperti ini demi merakam imej secara spontan. Comeback ler….common.🙂

Syok dan tenang dengan tangan melakar2 sambil melayan gerak rasa menikmati pemandangan yang indah. Rasanya kena repeat lagi tapi kali ini kena cari bukit yang rendah2 ajer, tak boleh yang macam Tabur kerana sifatnya begitu mencabar dan bahaya…..lantas sampai di atas tangan menjadi keras kerana memaut batu2 semasa hiking sampai 90% cerun.

Kenangan tabur itu dulu juga telah aku abadikan dalam bentuk movie maker dengan iringan lagu Alahyarham Datuk Ahmad Jais bertajuk “berikan aku sinarmu”. Lama dah aku mencari lagu ini dalam you tube dan baru semalam berjumpa. Suka pada lagu ini tidak berbelah bagi. Kerap terdengar lagu ini berkumandang tapi juruhebah radio tak bagi tau tajuk dan susah aku nak search. Lagi satu aku ni cepat pelupa selalu lupa lirik….tu pasal tak boleh jadi penyanyi. Semalam juru hebah menyebut tajuknya dan dengan pantas aku download….aku berjaya syok2kan hati dan tak ada kena mengena dengan sesiapa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: