LARI AHAD LALU

brooks runMalam sebelum race main badminton dengan my blader kesudahannya badan senggal sana dan sini. Sporting punya pasal aku layan jugak walaupun dah bertahun tak main. Sampai rumah dah lewat kerana ada majlis makan2 barbeque di Kampung dan pukul 12 malam baru buat persediaan pasang bib dan lain-lain. Telan sebijik vitamin yang dapat percuma tu dan akhirnya terus tak tido sampai jam 3 pagi. Vitamen tu membuatkan otak menjadi cargas. Pukul 3 pagi baru mengantuk tapi masa terlewat untuk zzz kerana pukul 4.30 pagi perlu ke tempat race. Kalau zzzz harus terbabas sampai siang.

Dengan keadaan begini aku lari juga larian Brook ni dengan kesudahannya tamat dengan masa 2:21.30 saat. Punah misi untuk membuat sub 2 jam. 1okm pertama mencatat masa 58 minit dengan laluan slop yang agak tough juge dan bila menceluk masuk ke route seterusnya bertembung pulak dengan pelari2 jarak 10k. Ribuan pelari bersasak menuju ke distinasi dan agak sukar untuk over take mereka dengan jalan yang sempit lantas terus aku buat pace santai macam bersiar2 aja.

Seorang pelari jatuh collapes dan kelihatan beberapa orang sedang memberi bantuan cpr pada km 13. Lagi la aku menurunkan kadar pace aku dari 6 minit ke 7 minit bila mengenang trajedi itu. Info mengatakan dia meninggal, memang sudah suratan. Umur 50 tahun dan ada 2 anak. Run for health menjadi run to died, sangkanya running boleh mengubah kesihatan badan telah membawa bala….apa nak buat sudah tiba ajalnya. Acara run dengan sebuah kematian pada Ahad yang lalu.

Gambar oleh Romzi Yunus, memegang trophy kontot macam tempat bubuh celak mak serta nenek kita dedulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: