SEBUAH BIB

xlarat-reti bib-azizBib membawa makna sehelai kain yang digantung pada leher yang sering digunakan oleh kanak-kanak sebagai pelindung jikalau ada makanan yang tumpah dari mulut kanak-kanak tersebut. Koang ada anak…tau la kan. Pemakaian bib juga sering dipraktikan oleh orang dewasa terutama jika kita hadir di majlis rasmi ketika makan di hotel-hotel misalnya….pakai smart2 takutlah sama, akhirnya sama aje dgn kanak2….haha tenang.

Bib juga sebagai tanda penyertaan yang digunakan oleh athlete yang digelar runner. Tiada bib tak boleh join penyertaan, dq. Bib berupa nombor dipasang dengan pin pada dada seorang pelari. Diperbuat daripada kain dan sekarang nampaknya begitu moden menggunakan kertas sintetik kalis air dengan timing cip dibelakangnya. Ditulis nama penyertaan, butir2 kecemasan dan sebagainya.

Sejak akhir2 ini, larian marathon sudah menjadi satu budaya hidup kerana semakin berkembang dan ramai yang meminatinya. Marathon atau sukan larian ini sudah menjadi seolah satu cabang perniagaan pulak. Melambak2 penyertaan dan begitu berwarna-warni. Ada juga beribu satu kisah, kalau aku tulis kat situ, mau lengguh jari menaip.

Ramai yang ingin hidup sihat dan menjadikannya sebagai tempat menghilangkan stress. Tak kurang juga kepada mereka yang kesunyian. Lari kau-kau dan penat maka terisi lah masa dan emosi mereka. Sebagai sebuah escapism/pelarian begitu kurasa. Elit runner sering naik podium itu kisah lain.

Bib ini pula dipunyai oleh sahabat saya En. Aziz yang tak dapat belari pada edisi KL Marathon pada tahun ini kerana anak buahnya berkahwin pada hari tersbut. Tersebut lah kisah lalu beliau menjualnya kepada saya maka saya pun belilah dengan harga kawan2. Otai sama otai, full marathon tu jangan main-main. Larat ke aku pada ahad ini, tapak kaki, pinggang dan lutut semua dah tumpo – kata oang Kule. Bib A-01506 dipunyai oleh Azan dengan nama timangan XLARAT RETI, sungguh selamba dan sangat original gitu.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: