LARIAN WARGA EMAS KE 3

peace sketchLarian warga emas edisi ke 3 semalam selamat telah diadakan. Jika tahun lepas flag off di Taman Jaya, semalam dilancarkan pula di hadapan Bangunan pentadbiran MBPJ. Siren trompet berbunyi peserta terus menurun bukit dan laluan yang terus flat, cumanya sedikit rintangan bukit semasa km terakhir membelok semula ke finishing line. Jue Wong selaku master mind larian ini menunggu peserta2 di situ dengan sebuah senyuman…pehhh.

Penyertaan aku juga untuk kali ke 3 dengan catatan masa 31.02 saat dengan jarak 6.6km. Pace mungkin 4.8km seminit. Tahun lepas catatan aku 30.40s tetapi jaraknya ngam-ngam 6 km sahaja. Aku rasa ada peningkatan pada tahun ini. Juga menjak dua menjak ini ada sahaja injury di bahagian kaki, kejab di lutut, kejab belakang lutut, kejab di ponggong…telah menghalang aku untuk berlatih secara konsisten…..ewah macam serius bebeno bunyinya.

Juga semalam, semasa larian terasa aku belari slow tetapi terlupa rupa2nya aku telah bersaing dengan mereka yang dah lama laju.  Semasa mereka seiring dengan aku, kusangka “eh ni mungkin ini pace 5.40s tetapi rupanya pace 4.40s…..kelajuan tanpa disedari dan kelajuan juga boleh menghuru harakan degupan jantung ku yang 2 tahun lagi akan setaraf dengan tajuk di atas.

Juga aku juga terlupa yang mana ramai elite runners yang join. warga emas bib medalRamai yang berdesup2 di hadapan dengan pace bawah 4 minit dan mereka semua muda2 belia. Masa untuk mempamirkan kehebatan muda sebagai seorang runner…dulu telah aku lalui detik2 seperti itu. Pasti aku biarkan mereka pergi belari kencang macam kuda belang jantan mengejar sesuatu di tanah lapang gamaknya…..oo tak mungkin aku dapat mengejar mereka. Perkara itu telah berlalu…barang yang lepas jangan dikonang2. Juga ingatan semalam menandakan lagi 2 tahun aku akan menempuh usia jubli emas…….raikan kehidupan, jika panjang umur berjumpa lagi pada edisi yang akan datang.

Jom layan halua telinga dan jangan lupa ipod/mp3 cucuk di telinga seraya belari lepas ini: raikan cinta oleh Datuk M.Nasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: