Penang Maraton

Lama tak menjenguh blog sendiri di sini, hari ini aku kira perlu tulislah sikit takut bersawang pulak nanti. Borak tentang Marathon di Jambatan Penang, wow jambatan baru yang berada dalam 10 kelompok yang terpanjang di dunia.

Pulau Pinang Pulau Mutiara di situ ada 1001 kisah atau mungkin berjuta, dari zaman Francis Light hinggalah kepada LGE. Sape tau mungkinkan Francis Light itu ada berjogging di sekitar Padang Kota pada 200 tahun yang lalu. Aku abaikanlah cerita donggeng itu, apa yang dikisahkan ialah pada hari Ahad ini iaitu 16/11/2014 iaitu pada jam 1:30 pagi akan berlaku peristiwa besar dimana akan diadakan acara yang ditunggu-tunggu oleh pengiat suakan lari atau yang digelar maratoner. Acara superb ini dinamakan Asics Penang Bridge Marathon. Jambatan yang baru di bina ini dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sepanjang 24 km.

Aku juga turut menjadi pak turut untuk mengambil bahagaian  dengan join full marathon. Mudahan misi tahun ini berjaya dengan persiapan yang tak seberapa dan perlu menangung muatan diri hampir 82 kg dengan screw dan grease yang banyak longgar pula. Jika KL Marathon aku melakukan 4:50 mungkin di Penang akan memepunyai bib penangcerita yang lain pula iaitu suasana dan waktu seratus persatus berbeza.

Sayugia diingatkan acara larian jambatan ini telah dimulakan semenjak tahun 1985 lagi dengan venuenya di Padang USM dan Queensbay menggunakna route Jambatan Pertama. Sejarah Penang Marathon pula awalan pula bertempat di Padang Kota Lama sekitar awal 80an. Semasa aku menetap pada 1988 di USM dulu tidak pula aku hiraukan acara ini tetapi entah macam mana minat mendatang untuk join ketika umur makin hampir ke setengah abad. Ramai kengkawan yang acap kali telah menyertainya dan aku pula hanya dua kali sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: