Archive for October, 2016

OH KESIDANG

October 20, 2016

Pokok Kesidang ini asalnya telah bertahun-tahun lamanya membelit Pohon Kemboja di sebelahnya sehingga sampai lemas si Kemboja. Telah ku pangkas dahan-dahan Kesidang yang membelit dua Kemboja itu dan ku lencongkan ke arah luar sedikit.

20161020_084755_resized_1Moganya nanti kedua2 Kesidang ini akan berjumpa diantara satu sama lain dari sebelah kiri dan kanan untuk membentuk sebuah gerbang yang tempatnya bernama Laman Latar Siswa. Pohon Kemboja dan Kesidang ini memang ditanam sepasang sejak sekian lama di kiri dan kanan.

Begitulah juga hidup, kalau kita selamanya asik menumpang memanglah tak jadi apa. Kan lebih baik berdikari berjuang dengan diri sendiri.

Pohon Kemboja dan Kesidang sudah ku pisahkan dan kini Kemboja telah berbunga lebat hasil dari pankasan yang ku buat itu. Kesidang pula sedang melebatkan daunnya. Hai Kesidang berbunga lah cepat agar harum sekitarnya.20161020_084610_resized_1

Pagi tadi telah ku petik sekuntum bunga Kesidang dan sangat harum baunya. Khabarnya jika malam aroma haruman lagi semerbak. Bunga kemboja pula bertaburan dan sepatutnya ku kutip boleh di bubuh dalam mangkuk sebagai penyeri meja.

Advertisements

Hukum Rule of Thirds

October 18, 2016

Komposisi rules of thirds (undang-undang tiga bahagian) adalah salah satu prinsip komposisi yang popular digunakan oleh pelukis dan jurufoto untuk menyusun imej menjadi lebih baik dan menarik di dalam ruang karya. Rule inilah yang  aku ajar pada pelajar-pelajar semua pada Isnin yang lalu demi untuk kebaikan dan kelangsungan mereka untuk bekarya.

Dalam komposisi rules of thirds ini ianya hanyalah salah satu dari sebahagian prinsip komposisi di dalam banyak2 teori yang lain. Teori ini aku rasa agak mudah untuk  difahami. Andaikata ada yang masih susah memahaminya eloklah berjumpa dengan guru seni yang arif. Ye Sifu.

Apakah rules of thirds?

Pada rules of thirds, ruang kertas atau kanvas akan terlebih dibagi kepada tiga bahagian sama besar iaitu secara vertikal dan horizontal sehinggalah mejadi 9 petak yang sama besar. Dengan 9 petak yang ada, kita akan memiliki pertemuan empat titik di tengah-tengah ruang.

rules-3

Keempat2 titik pertemuan ini selalu disebut sebagai empat titik mata. Empat titik mata inilah yang secara ilusinya akan menjadi “point of interest” yang paling menarik untuk melakar imej.

Empat titik yang ada ini pula tidak seharusnya diisi bersama, cukup salah satu sahaja. Imej subjek akan diisi dalam empat titik ini mengikut feel@resa si pelukis.

Dalam ilmu seni lukis juga disebutkan juga bahawa ketika kita melihat sebuah gambar, mata manusia secara natural tertuju pada salah satu titik (empat titik) dibandingkan pada pusat titik tengah imej. Seterusnya imej yang disusun dengan komposisi rules of thirds ini akan lebih sedap dipandang secara sepontan.