Archive for the ‘paintings’ Category

Hukum Rule of Thirds

October 18, 2016

Komposisi rules of thirds (undang-undang tiga bahagian) adalah salah satu prinsip komposisi yang popular digunakan oleh pelukis dan jurufoto untuk menyusun imej menjadi lebih baik dan menarik di dalam ruang karya. Rule inilah yang  aku ajar pada pelajar-pelajar semua pada Isnin yang lalu demi untuk kebaikan dan kelangsungan mereka untuk bekarya.

Dalam komposisi rules of thirds ini ianya hanyalah salah satu dari sebahagian prinsip komposisi di dalam banyak2 teori yang lain. Teori ini aku rasa agak mudah untuk  difahami. Andaikata ada yang masih susah memahaminya eloklah berjumpa dengan guru seni yang arif. Ye Sifu.

Apakah rules of thirds?

Pada rules of thirds, ruang kertas atau kanvas akan terlebih dibagi kepada tiga bahagian sama besar iaitu secara vertikal dan horizontal sehinggalah mejadi 9 petak yang sama besar. Dengan 9 petak yang ada, kita akan memiliki pertemuan empat titik di tengah-tengah ruang.

rules-3

Keempat2 titik pertemuan ini selalu disebut sebagai empat titik mata. Empat titik mata inilah yang secara ilusinya akan menjadi “point of interest” yang paling menarik untuk melakar imej.

Empat titik yang ada ini pula tidak seharusnya diisi bersama, cukup salah satu sahaja. Imej subjek akan diisi dalam empat titik ini mengikut feel@resa si pelukis.

Dalam ilmu seni lukis juga disebutkan juga bahawa ketika kita melihat sebuah gambar, mata manusia secara natural tertuju pada salah satu titik (empat titik) dibandingkan pada pusat titik tengah imej. Seterusnya imej yang disusun dengan komposisi rules of thirds ini akan lebih sedap dipandang secara sepontan.

Advertisements

KISAH LARI SABTU/AHAD

November 25, 2013

cenderahati vc 2Sempena larian gegar hari Sabtu lalu, aku hadiahkan cenderahati kepada Datuk Naib Canselor berupa sebuah drawing dengan 3 pelari mewakili 3 bangsa utama iaitu India/Melayu/Cina berlatar belakangkan DTC dan Bukit Centa. Lebih manis aku pulak terpodium dapat no 3 kategori Veteran. Sebuah tropi dan hamper pengubat duka setelah dilanda masalah jual beli rumah pada malamnya dan juga perlu menyiapkan drawing ini. Entah berapa jam aje aku tido….mungkin 2/3 jam ajer aku dah lupa.

Pada keesokannya pula aku merempit untuk  Desa Park City park cityrunRun dengan mengunakan bib Azan setelah dia tak dapt datang desebabkan kekangan kerja di Ipoh. Kesudahannya aku tamatkan larian dengan masa 54 minit, jarak masa yang sama ketika menarah bukit cinta sebanyak 2 loops. Pehh laluan lagi berbukit dan lebih tough dari larian gegar. Race dan bukit memang tak dapat dipisahkan….jika dipisah juga maka pincanglah pace serta irama…ewah. Jika naik slow bila turun laju lah balik.

Lihatlah gambar aku nampak macam terlebih muatan dipingang kerana tak sempat simpan beg tu akibat dari kekangan masa ngam-ngam aje sampai dah terus flag off. Dalam beg hijau ni memacam ada, baju, camera, kunci entah apa jenis sampah sarap pun ada. Gambar oleh Crew Larian Gegar dan Tey Eng Tiong  

LARIAN WARGA EMAS KE 3

October 28, 2013

peace sketchLarian warga emas edisi ke 3 semalam selamat telah diadakan. Jika tahun lepas flag off di Taman Jaya, semalam dilancarkan pula di hadapan Bangunan pentadbiran MBPJ. Siren trompet berbunyi peserta terus menurun bukit dan laluan yang terus flat, cumanya sedikit rintangan bukit semasa km terakhir membelok semula ke finishing line. Jue Wong selaku master mind larian ini menunggu peserta2 di situ dengan sebuah senyuman…pehhh.

Penyertaan aku juga untuk kali ke 3 dengan catatan masa 31.02 saat dengan jarak 6.6km. Pace mungkin 4.8km seminit. Tahun lepas catatan aku 30.40s tetapi jaraknya ngam-ngam 6 km sahaja. Aku rasa ada peningkatan pada tahun ini. Juga menjak dua menjak ini ada sahaja injury di bahagian kaki, kejab di lutut, kejab belakang lutut, kejab di ponggong…telah menghalang aku untuk berlatih secara konsisten…..ewah macam serius bebeno bunyinya.

Juga semalam, semasa larian terasa aku belari slow tetapi terlupa rupa2nya aku telah bersaing dengan mereka yang dah lama laju.  Semasa mereka seiring dengan aku, kusangka “eh ni mungkin ini pace 5.40s tetapi rupanya pace 4.40s…..kelajuan tanpa disedari dan kelajuan juga boleh menghuru harakan degupan jantung ku yang 2 tahun lagi akan setaraf dengan tajuk di atas.

Juga aku juga terlupa yang mana ramai elite runners yang join. warga emas bib medalRamai yang berdesup2 di hadapan dengan pace bawah 4 minit dan mereka semua muda2 belia. Masa untuk mempamirkan kehebatan muda sebagai seorang runner…dulu telah aku lalui detik2 seperti itu. Pasti aku biarkan mereka pergi belari kencang macam kuda belang jantan mengejar sesuatu di tanah lapang gamaknya…..oo tak mungkin aku dapat mengejar mereka. Perkara itu telah berlalu…barang yang lepas jangan dikonang2. Juga ingatan semalam menandakan lagi 2 tahun aku akan menempuh usia jubli emas…….raikan kehidupan, jika panjang umur berjumpa lagi pada edisi yang akan datang.

Jom layan halua telinga dan jangan lupa ipod/mp3 cucuk di telinga seraya belari lepas ini: raikan cinta oleh Datuk M.Nasir

ANGIN MENGUBAH

February 28, 2013

wind-a-chance-2Sebelum menunggu kengkawan lain datang untuk belari bukit chenta night run, aku layan lagu scorpions dengan tajuk wind of change lantas selepas itu aku terpanggil pula untuk sketch lakaran ini. Sungguh aku tertarik dengan kumpulan band dari German ini. Suara vokalis utama nya sungguh kelas maka tak hairanlah ramai fan tak keruan memujanya bila menonton konsertnya. Ada yang baling seluar dalam ke pentas pun ada. bkt centa run 1Itu cool tapi katsini tak boleh yoo.

Anugerah bakat atau talented yang diasuh dipupuk sekian lama bagai arus sungai yang mengalir akan menjadikan insan seni itu berjaya dan dipuja, tak percaya try.

Inilah lakaran aku semalam sebelum bukit chenta night run. Aku layan 3 loops lebih kurang 15 km, kali pertama dalam sejarah buat 3 pusingan. Mungkin aura dari wind of chance agaknya. Sungguh tak aci, aku layan 3 loops yang lain lari 2 loops aja. Ahad ini ada brooks run dengan laluan berbukit2, harap janganlah cramp macam dulu. Misi 2 jam dengan lagu ini tapi aku tak suka pakai mp3…..siul2 konon macam Klaus Miene boleh sikit2. 🙂

LANGKAWI LAGI

February 13, 2013

royal-yatch-skethTiga hari di Langkawi untuk menjenguh si Aina, dapat jugak aku sketch pemandangan indah Royal Yatch di Kuah. Pada mulanya aku jogging lalu sekitar kawasan situ dan terpandang cun pulak keindahan kapal layar, yatch yang berlaboh lantas aku ulang datang dengan kereta untuk merakamkannya dalam bentuk sketching. Inilah rupanya…cun tak? 🙂

Sepanjang 3 hari juga aku balun berlari tetiap pagi dengan kadar 10k setiap sesi disekitar sea view poolPekan Kuah. Selepas belari lepak dekat kolam kontot dan terus terjun tiruk dalam 30 laps. Kolam di Sea View hotel di aras 2 sungguh berangin dan airnya sejuk, tenang sekali kurasakan.

Dapat sekali berenang laut di Pantai Cenang tapi skuter air dan bot pancung pelancong potong stim menghalang laluan renangan. Mem & Aina kat atas seriau tengok menatang tu mcm dekat je kat aku. Pantai Cenang memang tak best untuk kegiatan berenang ada lebih baik di Pokdekson pasal bebudak jaga bot macam brutal lak aku nengok. Walau begitu laut Langkawi memang superb, andaikata kalau ada events tri atau smwimathon memang 100 % aku pileyyy.

NUN JAUH

January 16, 2013

aina-mrsmPernah aku berangan yang si Aina ni kalau masuk kat sini alangkah bestnya sebab sekolah ni cantik di balik bukit juga top 5 dalam Msia….oang kata. Sebagai sebuah pulau pelancongan tersohor dan atas idea Tun Mahathir maka tertubuhlah ia pada tahun 1990. Teringat aku dulu dalam 5 tahun lepas masa tu dia dalam darjah 1, sambil memandu aku berseloroh dengannya “masuk sini belajar rajin2 dan boleh geng dengan kengkawan pandai”.

Allah swt yang menentukan segalanya. Iaitu setelah dia menghadirkan diri sesi temuduga di Serting tempoh hari maka dia berjaya menjadi warga Langkawi dengan mengikut program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE). Tough ni jangan memain, tak perform leh kena buang. 1st Check point kena exam pada Tingkatan 2 pastu 2nd check point pada Tingkatan 4, exam paper beli dari Cambridge. Mahal jugak reganya. Dah macam event trail running la pulak ada check2 point :). Nampak gaya kerap la aku gi sana nak memantau. Seharian di sana semalam uruskan pendaftran dan tak sempat nak jenjalan pasal perlu balik segera. Nak save konon aku sewa wira lama, 70 hengget sehari setongah tapi bau taxi kete ni, power window dan aircon pun dah mcm tak betul.

SMS aku diterima dari MARA minggu lepas iaitu seminggu sebelum pendaftran. Kelam kelibut jugak buat persiapan untuk hantar dia kesana dan nasib baik Makciknya dan si Yayah dapat membantu sama. Sambil menunggu flight tiba, aku sketch lakaran untuknya sempena kejayaannya ke sana dan mana lah tau satu hari nanti boleh jadi pilot ke, engineeer ke atau lain2 yang boleh menyumbang bakti pada Negara dan keluarga.

aeroplane-sketch

PAYAH MATI

November 29, 2012

Payah mati jiwa keras hanya sebuah filem tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah mati. Genre thriller yang tajuknya suka2 je aku alih bahasakan dari tajuk asal iaitu die hard 1 yang aku tonton di Panggung Cathay KL pada tahun 1989 bersama seorang kawan. 🙂

Ramai kengkawan pangkat adek atau pangkat anak pada aku tak tau di mana Panggung Cathay ni. Pangung ini telah menjadi sejarah, telah tiada lagi dan cuma ingatan aku berdua menonton di teres atas (tiket mahal kelas satu beb…cheh eksyen). Perasan masa tu macam John Mclane bersama Holly Gennaro la konon. Lokasi panggung ini ialah ialah kat Jalan Bukit Bintang di belakang

Royale Chulan Hotel.

Siri filem die hard tak pernah aku mis menontonnya, dari pawagam hinggalah era cinemaplex. Filem kisah hero payah nak mati ini macam sesuai pulak dengan jiwa aku. Mungkin sejarah hidup lampau atau memang aku suka filem tembak2 ni. Die hard 1 memang kelas tiada tandingan dengan siri2 selepasnya.

Kini filem die hard 5 akan muncul dengan garapan bantuan spesel efek lebih canggih. Tunggu kemunculannya di awal Januari nanti. Promosi free nampak, tak apa cuma nak share dengan kengkawan lain. 🙂

GEMBIRA

November 19, 2012

Sebuah sketsa meraikan berita gembira untuk anak aku Aina. Mendapat keputusan 5A peperiksaan UPSR yang diumumkan pagi tadi. Aku ada bersama semasa penyerahan slip peperiksaan diserahkan di dalam dewan sekolah. Ini exam besar pertama untuk dia dan akan ada yang lebih besar selepas ini.

Landasan atau rel perjalanan keremajaan telah bermula. Aku dan isteri perlu membina tapak keyakinan untuk dia seronok belajar seperti kakaknya yang lalu. Walau begitu, ungkapan “insyaallah” mesti mau ada kerana pepehal pun ketentuan yang maha besar itu adalah wajib diingatkan.

Peristiwa pagi tadi, apabila dia dapat tahu tentang keputusannya terus dia menangis gembira seraya memeluk emaknya dan juga aku. Ramai juga ibu bapa yang emo terhadap anak mereka. Mestilah anak kan…anak kucing lagi dibelai ini kan anak sendiri. Anak ikan…ha jangan cari pasal, tapi ikan emas blow bubble dalam akuarium tu cun. Akuarium ni pun bahaya jugak. 🙂

Sketching ini adalah hadiah sempena kejayaannya pagi tadi. Simpan, bingkaikan gantung dibilik…insyaallah boleh tahan berpuluh tahun. Jika aku tiada lagi di dunia yang fana ini, suatu hari nanti pasti dalam hatinya berkata hebat jugak abah aku ni melukis potretnya walaupun tak berapa nak iras sangat. Wah kemain lagi anak aku ni demand mintak hset samsung lagi…terpaksa aku share dengan mem (pn sri la) tangkap satu kat Digital Mall sekejab tadi. Aku jugak yang setia dengan sonny lama yang layak digelar chap ayam setelah kegemilangannya berlalu kerana disayor oleh android yang membadai giler. Kalau aku kata layak  dibaling pada kucing tu ok tapi cat@kucin mengiau hset jahanam, baling anjing tak mau sebut…kasar bunyinya. 🙂

MEI MEI (INGATAN)

October 28, 2012

Lakaran potret Cheah Mei Mei yang telah meninggalkan kita semua pada 18 Oktober lalu. Aku akan terus mengingati mendiang sebagai seorang yang friendly dan humble. Beliau telah meninggalkan kita semua setelah pulang dari menyertai Perhentian Island Challenge 2012. Seorang pelari yang hebat bak sebutir permata mengisi kelompok2 pelari yang lain dengan tetiba meninggalkan kita. Semoga rohnya tenang disana. 😦

HILANG

October 17, 2012

Hari semalam dikejutkan dengan rompakan lukisan karya agung artis terkenal iaitu Picasso, Monet, Gauguin dan Matisse yang bernilai ratusan juta di Muzium Kunsthal, Rotterdam, Belanda. Selalunya pencuri lukisan amat mahir dan licik seperti sebuah filem yang aku tonton 13 tahun yang lalu lakonan Pierce Brosnan bertajuk “The Thomas Crown Affair (1999)” Masih lagi aku memiliki dvd cerita itu.

Lukisan yang telah hilang itu ialah:

1) Pablo Picasso’s 1971 “Harlequin Head”

2) Claude Monet’s 1901 “Waterloo Bridge, London”

3) Claude Monet’s”Charing Cross Bridge, London”

4) Henri Matisse’s 1919 “Reading Girl in White and Yellow”

5) Paul Gauguin’s 1898 “Girl in Front of Open Window”

6) Meyer de Haan’s “Self-Portrait,” around 1890,

7) Lucian Freud’s 2002 work “Woman with Eyes Closed”