Archive for the ‘running’ Category

KISAH LARI SABTU/AHAD

November 25, 2013

cenderahati vc 2Sempena larian gegar hari Sabtu lalu, aku hadiahkan cenderahati kepada Datuk Naib Canselor berupa sebuah drawing dengan 3 pelari mewakili 3 bangsa utama iaitu India/Melayu/Cina berlatar belakangkan DTC dan Bukit Centa. Lebih manis aku pulak terpodium dapat no 3 kategori Veteran. Sebuah tropi dan hamper pengubat duka setelah dilanda masalah jual beli rumah pada malamnya dan juga perlu menyiapkan drawing ini. Entah berapa jam aje aku tido….mungkin 2/3 jam ajer aku dah lupa.

Pada keesokannya pula aku merempit untuk  Desa Park City park cityrunRun dengan mengunakan bib Azan setelah dia tak dapt datang desebabkan kekangan kerja di Ipoh. Kesudahannya aku tamatkan larian dengan masa 54 minit, jarak masa yang sama ketika menarah bukit cinta sebanyak 2 loops. Pehh laluan lagi berbukit dan lebih tough dari larian gegar. Race dan bukit memang tak dapat dipisahkan….jika dipisah juga maka pincanglah pace serta irama…ewah. Jika naik slow bila turun laju lah balik.

Lihatlah gambar aku nampak macam terlebih muatan dipingang kerana tak sempat simpan beg tu akibat dari kekangan masa ngam-ngam aje sampai dah terus flag off. Dalam beg hijau ni memacam ada, baju, camera, kunci entah apa jenis sampah sarap pun ada. Gambar oleh Crew Larian Gegar dan Tey Eng Tiong  

Advertisements

LARIAN WARGA EMAS KE 3

October 28, 2013

peace sketchLarian warga emas edisi ke 3 semalam selamat telah diadakan. Jika tahun lepas flag off di Taman Jaya, semalam dilancarkan pula di hadapan Bangunan pentadbiran MBPJ. Siren trompet berbunyi peserta terus menurun bukit dan laluan yang terus flat, cumanya sedikit rintangan bukit semasa km terakhir membelok semula ke finishing line. Jue Wong selaku master mind larian ini menunggu peserta2 di situ dengan sebuah senyuman…pehhh.

Penyertaan aku juga untuk kali ke 3 dengan catatan masa 31.02 saat dengan jarak 6.6km. Pace mungkin 4.8km seminit. Tahun lepas catatan aku 30.40s tetapi jaraknya ngam-ngam 6 km sahaja. Aku rasa ada peningkatan pada tahun ini. Juga menjak dua menjak ini ada sahaja injury di bahagian kaki, kejab di lutut, kejab belakang lutut, kejab di ponggong…telah menghalang aku untuk berlatih secara konsisten…..ewah macam serius bebeno bunyinya.

Juga semalam, semasa larian terasa aku belari slow tetapi terlupa rupa2nya aku telah bersaing dengan mereka yang dah lama laju.  Semasa mereka seiring dengan aku, kusangka “eh ni mungkin ini pace 5.40s tetapi rupanya pace 4.40s…..kelajuan tanpa disedari dan kelajuan juga boleh menghuru harakan degupan jantung ku yang 2 tahun lagi akan setaraf dengan tajuk di atas.

Juga aku juga terlupa yang mana ramai elite runners yang join. warga emas bib medalRamai yang berdesup2 di hadapan dengan pace bawah 4 minit dan mereka semua muda2 belia. Masa untuk mempamirkan kehebatan muda sebagai seorang runner…dulu telah aku lalui detik2 seperti itu. Pasti aku biarkan mereka pergi belari kencang macam kuda belang jantan mengejar sesuatu di tanah lapang gamaknya…..oo tak mungkin aku dapat mengejar mereka. Perkara itu telah berlalu…barang yang lepas jangan dikonang2. Juga ingatan semalam menandakan lagi 2 tahun aku akan menempuh usia jubli emas…….raikan kehidupan, jika panjang umur berjumpa lagi pada edisi yang akan datang.

Jom layan halua telinga dan jangan lupa ipod/mp3 cucuk di telinga seraya belari lepas ini: raikan cinta oleh Datuk M.Nasir

LARI AHAD LALU

March 6, 2013

brooks runMalam sebelum race main badminton dengan my blader kesudahannya badan senggal sana dan sini. Sporting punya pasal aku layan jugak walaupun dah bertahun tak main. Sampai rumah dah lewat kerana ada majlis makan2 barbeque di Kampung dan pukul 12 malam baru buat persediaan pasang bib dan lain-lain. Telan sebijik vitamin yang dapat percuma tu dan akhirnya terus tak tido sampai jam 3 pagi. Vitamen tu membuatkan otak menjadi cargas. Pukul 3 pagi baru mengantuk tapi masa terlewat untuk zzz kerana pukul 4.30 pagi perlu ke tempat race. Kalau zzzz harus terbabas sampai siang.

Dengan keadaan begini aku lari juga larian Brook ni dengan kesudahannya tamat dengan masa 2:21.30 saat. Punah misi untuk membuat sub 2 jam. 1okm pertama mencatat masa 58 minit dengan laluan slop yang agak tough juge dan bila menceluk masuk ke route seterusnya bertembung pulak dengan pelari2 jarak 10k. Ribuan pelari bersasak menuju ke distinasi dan agak sukar untuk over take mereka dengan jalan yang sempit lantas terus aku buat pace santai macam bersiar2 aja.

Seorang pelari jatuh collapes dan kelihatan beberapa orang sedang memberi bantuan cpr pada km 13. Lagi la aku menurunkan kadar pace aku dari 6 minit ke 7 minit bila mengenang trajedi itu. Info mengatakan dia meninggal, memang sudah suratan. Umur 50 tahun dan ada 2 anak. Run for health menjadi run to died, sangkanya running boleh mengubah kesihatan badan telah membawa bala….apa nak buat sudah tiba ajalnya. Acara run dengan sebuah kematian pada Ahad yang lalu.

Gambar oleh Romzi Yunus, memegang trophy kontot macam tempat bubuh celak mak serta nenek kita dedulu.

ANGIN MENGUBAH

February 28, 2013

wind-a-chance-2Sebelum menunggu kengkawan lain datang untuk belari bukit chenta night run, aku layan lagu scorpions dengan tajuk wind of change lantas selepas itu aku terpanggil pula untuk sketch lakaran ini. Sungguh aku tertarik dengan kumpulan band dari German ini. Suara vokalis utama nya sungguh kelas maka tak hairanlah ramai fan tak keruan memujanya bila menonton konsertnya. Ada yang baling seluar dalam ke pentas pun ada. bkt centa run 1Itu cool tapi katsini tak boleh yoo.

Anugerah bakat atau talented yang diasuh dipupuk sekian lama bagai arus sungai yang mengalir akan menjadikan insan seni itu berjaya dan dipuja, tak percaya try.

Inilah lakaran aku semalam sebelum bukit chenta night run. Aku layan 3 loops lebih kurang 15 km, kali pertama dalam sejarah buat 3 pusingan. Mungkin aura dari wind of chance agaknya. Sungguh tak aci, aku layan 3 loops yang lain lari 2 loops aja. Ahad ini ada brooks run dengan laluan berbukit2, harap janganlah cramp macam dulu. Misi 2 jam dengan lagu ini tapi aku tak suka pakai mp3…..siul2 konon macam Klaus Miene boleh sikit2. 🙂

LANGKAWI LAGI

February 13, 2013

royal-yatch-skethTiga hari di Langkawi untuk menjenguh si Aina, dapat jugak aku sketch pemandangan indah Royal Yatch di Kuah. Pada mulanya aku jogging lalu sekitar kawasan situ dan terpandang cun pulak keindahan kapal layar, yatch yang berlaboh lantas aku ulang datang dengan kereta untuk merakamkannya dalam bentuk sketching. Inilah rupanya…cun tak? 🙂

Sepanjang 3 hari juga aku balun berlari tetiap pagi dengan kadar 10k setiap sesi disekitar sea view poolPekan Kuah. Selepas belari lepak dekat kolam kontot dan terus terjun tiruk dalam 30 laps. Kolam di Sea View hotel di aras 2 sungguh berangin dan airnya sejuk, tenang sekali kurasakan.

Dapat sekali berenang laut di Pantai Cenang tapi skuter air dan bot pancung pelancong potong stim menghalang laluan renangan. Mem & Aina kat atas seriau tengok menatang tu mcm dekat je kat aku. Pantai Cenang memang tak best untuk kegiatan berenang ada lebih baik di Pokdekson pasal bebudak jaga bot macam brutal lak aku nengok. Walau begitu laut Langkawi memang superb, andaikata kalau ada events tri atau smwimathon memang 100 % aku pileyyy.

LARIAN MORIB 3

December 30, 2012

morib 3Larian Morib edisi 3 berjaya aku tamatkan dengan masa 62:08s dengan kadar pace 5:10m pagi tadi. Bertolak dari rumah (PJ) seawal 4.30 pagi dan sampai pada jam 5.55 pagi di Pantai Morib. Ambik bib dan terus bersolat subuh di Masjid Morib dan kerete parking sahaja di dalam area situ.

Flag off kacau bilau sikit pasal semua peserta yang lama menunggu untuk mula merempit di jalan besar namun telah dipanggil semula 200m ke belakang dalam keadaan hujan mula mencurah turun. Hanginn nak tunggu sape pun aku tak tau. YB Yunus pun tak nampak. Pelepasan pelari terlewat sejam dari jadual asal iaitu 6.30 pagi. Terhegeh2 organizer ni, jam 7.30 baru picu pistol kapur dipetik. Runners menjerit2 tak puas hati dan mereka  mula bersepah2 ada yang dok di bus stop, bawah pokok dan khemah. Ada juga runners yang hilang mood pasal dek perkara tersebut tapi aku buat selamba jer.

Sungguh terpesona melalui tepian pantai dalam keadaan hujan dan berangin menuju ke Pantai Kelanang dan berpatah balik ke Morib semula sejauh 12km. Pohon bakau, lagak pemancing, grup pemukat, kampung Nelayan, bot2 Nelayan, kolam ikan dan ombak laut memukul benteng tembok. Semasa lepak kat tembok pantai bila abes merempit saja aku tadah dengan badan supaya ombak itu memukul pada aku. Memang aku memilih Morib dari larian Newton pasal aura ini. Teringin nak swim dalam laut berwarna kelabu itu tapi rasa letih kerana semalamam tak tido….biasalah cenggitu. Route pulak terasa macam over distance pulak hari ini tapi malang si garmin pengukur jarak tidak ada ditangan untuk disahkan.

Perjalanan bersama seisi keluarga juga sebagai xtivt cuti sekolah yang sudah 3menghampiri penghujungnya. Hasrat nak tempah hotel tak kesampaian kerana semua dah penuh. Alhamdullilah misi larian ini berjaya dan timing lebih cun dari edisi tahun lepas. Bebanan masih lagi 80kg dan susah untuk buat pace sub  5 minit tapi aku juga berjaya menghampiri jarak geng2 oldtai yang mana jika dulu kena sayo bertiang2.

LARI MALAKOFF (3)

December 16, 2012

run-malakoffMalakoff run edisi 2012 melanyak Bukit Damansara telah aku tamatkan dengan masa 66:19 saat (masa stop watch aku) menggunakan bib Mohammad Azan. Entah macam mana masa aku dapat dikurangkan selama 10 minit jika dibandingkan dengan tahun lepas. Mungkin bantuan dari kasut Newton atau latihan dedulu membuahkan hasil.

Dua minggu sudah aku terkena minor hamstring dibelakang peha ketika main speed di UM Arena dan membuatkan aku rest selama 5 hari. Dalam tempuh 5 hari itu aku layan berenang serta membuat regangan di dalam air dan akhirnya pulih. Tempuh itu juga weight aku naik mendadak hingga mencecah 80kg sehinggalah race pada hari ini dalam lingkungan 79 kg juga. Semasa cuti dgn kelurga di Avillion PD aku belari 2 kali iaitu sekali di jalan ikut route PD Tri dan sekali di track mile dan yang lain2 aku layan berenang je.

ice packSemasa run pagi tadi ada juga terasa berdenyut geli2 ditempat yang kena hamstring tu dan kekadang di calf pula. Perkara ini memaksa aku memperlahankan kadar pace. Loop kedua bukit terakhir aku tak berani henjut ala kamikaze kerana bimbang takut pitam dan heart kacau bilau kerana bukitnya mencanak macam Bukit Chenta UM. Semasa turun last 1.5km aku berani lajukan pace aka heel kick a butt sehingga 4.2 minit dan terus sampai ke finishing line. Purata keseluruhan pace ialah 5.30 minit sejauh 12km.

Semua peserta memakai baju warna merah pink cerah dan semua runners my-run-malakoffkelihatan sangat cerah ceria terang menderang di Jalan sekitar Bukit Kiara dan Damansara. Pemenang2 sama seperti calon2 podium yang terdahulu. Muka2 baru perlu dipodiumkan supaya lebih adil gamaknya kukira tak kira oldtai atau muda, ayoh berletihlah.

Finisher medal yang diberi hari ini, cantik dan memuaskan hati dan mungkin CAR relay nanti munkin lebih baik dari ini. Juga hati gembira dapat bertemu ramai kengkawan runners yang lain tapi sayang geng2 Chap Ayam langsung dah tak berkumpul seperti dedulu. Memasing semua dah balik menyisihkan diri. Berkenal bermesra merapatkan saidatulharim sesama runners seperti dahulu dalam kumpulan CAR telah tiada lagi.

Bisikan syaitan supaya berlaku sombong telah melanda diri maka berlakulah perasaan gundah gelana. Tujuan asal yang murni dan ikhlas hampir menjadi seperti segelas teh tarik tersegong siku tumpah di restoran pelita. 🙂 Bertemu muka mengalih pandangan…..gasak korang lah. Cahaya lilin demi menerangi kelangsungan pelari2 melayu dalam santai gelak selamba yang ku harapkan hampir terpadam. Apo nak dikato. Ayuh, bersatulah dan kembalilah dengan semangat setiakawan. Teruskan kelangsungan dengan kekuatan mengisi jiwa rohani kuat dan tabah.

Larian seterusnya mungkin aku join larian Morib sebagai penutup kalendar larian 2012.

LARIAN NIKE & WARGA EMAS RUN

October 15, 2012

Werunkl berlalu sudah, akhirnya aku bersama2 15 ribu pelari yang lain dapat juga menamatkan larian dengan masa 53 minit. Demam melanda semenjak terkena hujan semasa sesi latihan di Taman TT hari rabu lepas. Lautan manusia berbaju hitam memenuhi sekitar Jalan Ampang dan dirakam secara terus oleh Setesen Astro. Remote camera menggunakan mini helicopter berligar2 mengambil sudut pandangan dari atas.

Ramai kengkawan telah datang awal untuk menyelit di kelompok depan untuk memastikan medal limited edition untuk 100 pelari terawal berada dalam gengaman. Ada yang dapat dan ada juga yang gagal. Kelompok 100 pelari  yang ingin mendapatkan medal mestilah membuat 46 minit dan ke bawah. Untuk aku 10km dengan masa seperti itu adalah mustahil, habis2 pulun dah ni. Kalau pun aku berada di garisan depan mungkin perbezaan seminit dua sahaja.

Juga misi nak sampai dalam anggaran masa 52 minit gagal sudah, mungkin aku berada di kelompok belakang menyukarkan untuk melaju pada 4km awal. Selama hampir 4 minit untuk melintasi dan memijak carpet pengesan timing dan seterusnya berlari zig zag dalam pace 7/8 minit. Sampai ke km ke 5 jalanraya menjadi lapang dan barulah aku bersama teman bernama newton trainner menyusuri dan mengasah jalan dengan kadar pace 5 minit.

Banyak sungutan oleh pelari2 tentang kaedah penganjuran yang kadang2 spoil juga. Lebih baik penganjur kekalkan sahaja larian seperti yang dibuat pada tahun 2011 lepas  iaitu bermula dan berakhir di tempat yang sama (Padang Merbok). Kesian aku tengok pengguna jalan raya mengalami trafik jem lebih2 lagi petang Sabtu.

Larian warga emas pula pada keesokan hari (pagi ahad semalam) juga turut aku join. Flag off bermula jam 7.30 pagi dan route mengililingi PJ state. Best menarik.  Larian sempena sambutan hari warga emas itu aku tamatkan dengan masa 30 minit sejauh 6km dalam keadaan tak berapa sihat. Peristiwa malang beberapa buah kereta runners yang mengambil bahagian kena pancit di Kawasan parking A&W menjadi sedikit trajedi kepada larian semalam. Pasal parking sejam dua terus menjahanamkan tayar kereta. Jahat sungguh manusia sekarang, tak puas hati terus buat tindakan. Kalau betul angkara staf di situ, mulai hari ini tak hingin aku nak datang makan kat situ…Mari Boikot. Bukan sihat pun makanan segera ni lebih2 lagi macam aku ni. Gambar oleh Best of Running & Atan Mustafa. 😦

LATIHAN & FATAMORGANA

October 11, 2012

Malam tadi diadakan latihan bercorak running clinic yang dikelolakan oleh Din Sofia (nama manja, asal ialah Shahrudin Hashim, marathoner negara) bertempat di Taman Titiwangsa, KL bermula pada jam 8.00 mlm. Sebagai sokongan aku buatkan sebuah poster untuk publisiti di FB. Lakaran wajah beliau yang ada pada poster telah aku buat lama dulu.

Seramai 45 orang runners telah datang walaupun hujan turun dengan lebatnya. Kengkawan yang naik motorsikal, tak jadi nak start moto pasal benda ni. Ramai juga yang telah berpatah balik. Kalaulah hujan tak turun malam tadi, pastinya lebih meriah lagi.

Aku pun turut serta dan bila sampai di parking langsung tak boleh keluar dan aku terpaksa menyalin pakaian dalam kereta wow…cool. Walaupun hujan mencurah2 turun namun latihan tetap diteruskan di dalam kawasan berbumbung. Sesi latihan berupa warm up, streaching, drill, circuit dan cooling down.

Alignment lutut aku jadi tak betul sikit pasal merempit ambik selekoh tajam semasa buat fatlek (speed play). Juga aku sempat test kasut newton isaac yang baru aku baru sambau. Model isaac ni tak dapat menandingi model trainner yang sudah aku beli dulu. Sekarang aku dah ada dua pasang brand newton. Mungkin isaac untuk training biasa/geli2 dan trainner diguna untuk race 10k we run kl dan lain lain hari mendatang.

Selesai latihan berborak2 serta sesi photgraph dan terus ke sany restoran untuk makan pasal perut telah menyanyikan lagu keroncong. Dinner malam tadi aku baham benjo seketol, kuew teow sepinggan, nasi setengah dan air barli. Gred makan kat situ hanya setakat boleh tahan je.

Semasa perjalanan pulang melalui jalan parlimen di dalam kereta berkumandang lagu hijjaz dengan tajuk fatamorgana…….sahdu sekejab. Liriknya begini:

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

( korus )
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

( ulang dari korus )
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti

Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

 

AKU TRAIL

October 1, 2012

Solomon xtrail run semalam aku tamatkan dengan masa 67 minit (agak2 je pasal stop watch casio aku tetiba jem). Keluar dari kawasan stadium terus menuju ke ladang ragut luas dengan menempuh belbagai halangan lopak air, kandang kayu, becak dan berbukit. Jahanam kasut newton aku. Boleh blah sama motion isaac teori, graviti apa ke – pasal lumpur melekat pada kasut terbenam pulak tu.

Pace 5 minit aku hanya dapat bertahan sejauh 5km sahaja dan selepas itu kucar kacir menjadi sekejab 6 minit/7 minit kerana halangan2 ala x-trail yang mencabar kaki dan badan. Acara sukaneka mengelak taik lembu pun ada. Pemandangan sekitar cun.

Bila mental tak keruan bahana trail itu yang asalnya 10km menjadi 11.4km maka sering aku menyanyi2 lagu yang aku ingat seperti kamelia…jangan tunggu lama2…apo nak dikato dll. Kekadang tersasul2 lupa lirik dalam mencunggap2….klako sungguh. Lelama sampai jugak ke finishing line dengan sedikit henjutan bila kaki dah mencecah track stadium….biasalah grrrr setelah slow di spanjang race.

Berbaloi race ini pasal dapt baju, topi, medal, sijil, b’fast dan berlari dengan kos lebih dari rm150 walaupun fees hanya rm60. Tahun depan panjang umur insyallah berjumpa lagi dengan episod yang berbeza pulak. Harus aku pakai kasut/tayar yang ada bunga sikit macm macellin/newton terra ke. Tersembam mau kalau bunga tatak grip wahai kengkawan ku runners semua. 🙂