SEBUAH BIB

September 27, 2013

xlarat-reti bib-azizBib membawa makna sehelai kain yang digantung pada leher yang sering digunakan oleh kanak-kanak sebagai pelindung jikalau ada makanan yang tumpah dari mulut kanak-kanak tersebut. Koang ada anak…tau la kan. Pemakaian bib juga sering dipraktikan oleh orang dewasa terutama jika kita hadir di majlis rasmi ketika makan di hotel-hotel misalnya….pakai smart2 takutlah sama, akhirnya sama aje dgn kanak2….haha tenang.

Bib juga sebagai tanda penyertaan yang digunakan oleh athlete yang digelar runner. Tiada bib tak boleh join penyertaan, dq. Bib berupa nombor dipasang dengan pin pada dada seorang pelari. Diperbuat daripada kain dan sekarang nampaknya begitu moden menggunakan kertas sintetik kalis air dengan timing cip dibelakangnya. Ditulis nama penyertaan, butir2 kecemasan dan sebagainya.

Sejak akhir2 ini, larian marathon sudah menjadi satu budaya hidup kerana semakin berkembang dan ramai yang meminatinya. Marathon atau sukan larian ini sudah menjadi seolah satu cabang perniagaan pulak. Melambak2 penyertaan dan begitu berwarna-warni. Ada juga beribu satu kisah, kalau aku tulis kat situ, mau lengguh jari menaip.

Ramai yang ingin hidup sihat dan menjadikannya sebagai tempat menghilangkan stress. Tak kurang juga kepada mereka yang kesunyian. Lari kau-kau dan penat maka terisi lah masa dan emosi mereka. Sebagai sebuah escapism/pelarian begitu kurasa. Elit runner sering naik podium itu kisah lain.

Bib ini pula dipunyai oleh sahabat saya En. Aziz yang tak dapat belari pada edisi KL Marathon pada tahun ini kerana anak buahnya berkahwin pada hari tersbut. Tersebut lah kisah lalu beliau menjualnya kepada saya maka saya pun belilah dengan harga kawan2. Otai sama otai, full marathon tu jangan main-main. Larat ke aku pada ahad ini, tapak kaki, pinggang dan lutut semua dah tumpo – kata oang Kule. Bib A-01506 dipunyai oleh Azan dengan nama timangan XLARAT RETI, sungguh selamba dan sangat original gitu. 🙂

Advertisements

POTRET PELARI MARATHON

September 26, 2013

potret-marathonAku tuliskan semula coretan di atas sketch ini supaya senang sikit koang nak baca: Apabila Spridion Louis memenangi pingat emas pertama acara marathon di Sukan Olimpik moden iaitu pada tahun 1896 dengan catatan masa 2:58.50s maka era marathoner pun bermula.

Semua pelari dari pelusok dunia mengejar dan berlatih cuba memperbaiki masa atau rekod tersebut. Sehinggalah akhirnya kepada Haile Gebreselassie & Paula Radcliffe mengengam erat rekod tersebut.

Sketch untuk mood kepada Standard Chartered KL Marathon pada Ahad ini (29 September 2013) setelah ditunda akibat malapetaka jerubu melanda negara pada Julai lepas. Juga sedikit pembetulan, rekod terbaru ialah oleh Patrick Makui dari Kenya.

MANGKUK TINGKAT

July 26, 2013

m.tingkatPetang tadi aku mengambil sketch book dan melukis sebuah mangkuk tingkat lama. Ada yang memanggil siah dan ada juga yang menyebut tenong. Hati teringat kepada bekas makanan ini sementelah lagi pada bulan ramadan yang telah separuh pergi meninggalkan kita.

Makin hampir kepenghujung makin sayu ku rasa. Ingatan kepada mangkuk tingkat di bulan yang mulia ini membawa kepada peristiwa lampau. Sebak dada mengingatkan akan ayah ibu yang telah pergi buat selamanya….alfatihah.

Sering ia diguna untuk membawa bekalan ke sekolah, pergi berkelah, ke kebun hatta kenduri kendara juga makanan dari rumah ke surau/masjid untuk tujuan bersedekah.

Cerita pasal mangkuk tingkat ni, korang rasa2 la, sapa la yang nak beli sangat dan guna ketika ini….Ini sudah jadi barang rare yang dibuat dari aluminum kadang2 ada hiasan bunga. Tupperware lebih kiut membuat mangkuk tingkat ini pupus diguna. Cer korang usung benda ni bawak ke sekolah/pejabat, cool ke poyo? Fast food cafe dgn wifi membadai mengila telah mengucapkan selamat tinggal wahai kau mangkuk tingkat.

EKIDEN RUN 2013

May 27, 2013

Disebabkan injury soluis aku masih belum pulih, maka aku tidak diizinkannya untuk belari dengan geng 1-2-Tri semalam. Mengubat hati yang lara pasal tak dapat berlari, aku datang dengan sebuah kamera untuk merakam aksi2 mereka semua. Hikmah dari suratan atau kebetulan maka lahirlah video ni, aku shoot sambil kayuh basikal. Ketentuan itu memang ada tapi kekadang kita tak menyedarinya. Untuk imbasan ekiden tahun 2011 sila klik sini.

BUKIT KIARA

May 9, 2013

Bersama dengan geng bukit chenta runner belari memanjat bukit dan lepas tu pulang ke rumah terus aku buat video ini. Geng yang terlibat boleh tengok dan kaji la sikit samada teknik larian itu betul ke tidak. Run ini memang riadah, santai dan semata eksesais untuk kesihatan tapi kalau teknik tu dibetulkan baru lah ngam, tak lah cepat termengah2 dan lintang pukang. Aku pun sama, masih reper mereper langkah kakiku.

MASIH LAGI

March 28, 2013

Masih lagi post kisah swimathon KM tempoh hari. Tak habis2 :). Sisipan still photo watak2 dalam video termasuk aku masih terkenang peristiwa itu. Syok2 layan. Mesti ada kan….akan join tahun depan. Mukabumi diliputi 2/3 laut air dan berenang itu satu sunnah, Chap Ayam Triatlete pemangkin ke arah itu…bravo pada mereka yang berani gagal meredah lautan luas sejauh 6.5km.

Cukup sekadar menontonnya dan boleh menceritakan segalanya. Tiada kata seindah lukisan, tiada ella tiadalah standing in the eyes OF THE WORLD ni…woww. Lagu ini ketika sukan komanwel di KL tahun 1998 dulu. Mohon izin kan aku guna untuk video ni demi pengalakkan rakyat Msia tak kira gender, bangsa dan ugama, tua muda, miskin kaya, terror ke tidak untuk terjun join acara ini pada tahun depan.

Cuma satu aja aku hanggin tentang swim cap yang ada dalam slide ini pasal kawan yang kata boleh tolong buat telah gagal nak laksanakan. Cakap lah awal2 tak boleh then leh aku cari oang lain.

KAPAS KALI KE 2

March 26, 2013

myInilah gambar yang ditangkap oleh Din Tawang ketika aku melintas ke garisan penamat dalam acara Kapas Marang Swimathon ahad lalu. Ada tak sape2 nak berkenalan dengan aku…wakakaka. Masa yang aku buat telah tersasar merundum 5 minit dibandingkan pada edisi 2011 yang lalu, walaupun teknik renangan aku dah ejas terdaya yang mampu ketika meredah arus dan ombak.

Berenang dengan boya penanda pada setiap jarak 500m memudahkan sighting tapi permulaan yang agak lewat menyebabkan arus di Pantai Kelulut semakin kuat menarik ke tengah semula. Kayuh libas tak sampai dan kicking pun sampai lenguh kang cramp lagi nyanya – tengok garisan pasir di dasar tak berubah maknanya macam berenang setempat. Adohh kekadang aku diving pastu swim balik.

Semasa di rr Gambang sempat aku cadang pada Unc. Chan supaya tahun depan ejas balik flag off mula awal pukul 7.30am, jangan buat lambat sangat pasal tak adil pada beginner dan slow macam aku ni.

Belon dan gerbang di garisan penamat sudah tak ku hiraukan dan aku dah mula kuciwa untuk membuat personal best ke apa lalu aku mengambil keputusan menukar bering ke arah lain. Akhirnya landing tersasar 300 m dan belari mengejar finishing line macam ala2 tri pulak. Masa belari stamina masih ada lagi macam boleh layan 5km running lagi…ewah berlagak. Walau apa pun alhamdulillah aku diizinkannya untuk selamat sampai ke seberang dengan masa 3:15.02 s.

Sebuah video klip suka2 sebagai kenangan KM 2013, wah bukan seronok dia oang berborak dengan heidi gan…..kumpulan dari geng chap ayam tri. Best korang semua, tahun depan jangan jemu untuk mencuba lagi. Setahun lagi cuba baiki teknik renangan dari semasa ke semasa kerana swim ni bergantung pada 100% teknik…tu kena ingat.

BARISAN KITA

March 7, 2013

barisan-kita-sketchAku hanya melukis sebuah lakaran tetapi perwira-pertiwi mempertaruhkan nyawa demi tanah air tercinta. Lakaran ini dibuat waktu semalam ketika menunggu kengkawan lain datang untuk lari bersama dalam bukit centa night run. Lirik lagu barisan kita mengelilingi imej seorang komando.

Malam tadi hanya recovery run pasca brook run beserta speedwork geli2 dalam stadium. Cuba untuk buat teori yasso 800m dengan masa 3:12s pastu tak larat nak teruskan dalam 5/6 kali lagi kerana dah pancit sudah belari selama sejam. Yang lain2 pun mencuba juga iaitu Farah (4:30 s) Rafidah (4:08) Aniza (4:35), Zainudin & Eja tak try pasal injured. Mungkin lain kali harus mencuba lagi dengan keadaan lebih fresh dan lebih terancang.

LARI AHAD LALU

March 6, 2013

brooks runMalam sebelum race main badminton dengan my blader kesudahannya badan senggal sana dan sini. Sporting punya pasal aku layan jugak walaupun dah bertahun tak main. Sampai rumah dah lewat kerana ada majlis makan2 barbeque di Kampung dan pukul 12 malam baru buat persediaan pasang bib dan lain-lain. Telan sebijik vitamin yang dapat percuma tu dan akhirnya terus tak tido sampai jam 3 pagi. Vitamen tu membuatkan otak menjadi cargas. Pukul 3 pagi baru mengantuk tapi masa terlewat untuk zzz kerana pukul 4.30 pagi perlu ke tempat race. Kalau zzzz harus terbabas sampai siang.

Dengan keadaan begini aku lari juga larian Brook ni dengan kesudahannya tamat dengan masa 2:21.30 saat. Punah misi untuk membuat sub 2 jam. 1okm pertama mencatat masa 58 minit dengan laluan slop yang agak tough juge dan bila menceluk masuk ke route seterusnya bertembung pulak dengan pelari2 jarak 10k. Ribuan pelari bersasak menuju ke distinasi dan agak sukar untuk over take mereka dengan jalan yang sempit lantas terus aku buat pace santai macam bersiar2 aja.

Seorang pelari jatuh collapes dan kelihatan beberapa orang sedang memberi bantuan cpr pada km 13. Lagi la aku menurunkan kadar pace aku dari 6 minit ke 7 minit bila mengenang trajedi itu. Info mengatakan dia meninggal, memang sudah suratan. Umur 50 tahun dan ada 2 anak. Run for health menjadi run to died, sangkanya running boleh mengubah kesihatan badan telah membawa bala….apa nak buat sudah tiba ajalnya. Acara run dengan sebuah kematian pada Ahad yang lalu.

Gambar oleh Romzi Yunus, memegang trophy kontot macam tempat bubuh celak mak serta nenek kita dedulu.

ANGIN MENGUBAH

February 28, 2013

wind-a-chance-2Sebelum menunggu kengkawan lain datang untuk belari bukit chenta night run, aku layan lagu scorpions dengan tajuk wind of change lantas selepas itu aku terpanggil pula untuk sketch lakaran ini. Sungguh aku tertarik dengan kumpulan band dari German ini. Suara vokalis utama nya sungguh kelas maka tak hairanlah ramai fan tak keruan memujanya bila menonton konsertnya. Ada yang baling seluar dalam ke pentas pun ada. bkt centa run 1Itu cool tapi katsini tak boleh yoo.

Anugerah bakat atau talented yang diasuh dipupuk sekian lama bagai arus sungai yang mengalir akan menjadikan insan seni itu berjaya dan dipuja, tak percaya try.

Inilah lakaran aku semalam sebelum bukit chenta night run. Aku layan 3 loops lebih kurang 15 km, kali pertama dalam sejarah buat 3 pusingan. Mungkin aura dari wind of chance agaknya. Sungguh tak aci, aku layan 3 loops yang lain lari 2 loops aja. Ahad ini ada brooks run dengan laluan berbukit2, harap janganlah cramp macam dulu. Misi 2 jam dengan lagu ini tapi aku tak suka pakai mp3…..siul2 konon macam Klaus Miene boleh sikit2. 🙂