TERINGAT “BENTENG”

Tempat ini di tepi Sungai Klang, bermula dari Bangunan Standard Charted Bank terus sampai ke Komplek Wilayah. Gerai2 atau warung makanan didirikan pada sebelah malam. Sungguh ramai orang KL ketika itu menjamu selera di tempat ini lebih2 lagi pada bulan Ramadan untuk berbuka ataupun bersahur. Pendek kata kalau dululah kalau ada TV3 buat program “jalan2 cari makan” ketika itu maka tempat ini mestilah distinasi terpilih. Banyaklah sungguh gerai yang memasak makanan enak2 kat situ.

Tahun berganti tahun sehingga penghujung tahun 80an, warung2 makanan mudah alih di sepanjang Sg. Kelang dan Jalan Ampang ini telah diarahkan oleh DBKL supaya tidak boleh beroperasi lagi. Kini gerai2 mudah alih itu sudah tiada lagi kerana peredaran masa dan arus kemodenan. Faktor urbanisasi dan kesesakan jalanraya memang menafikan haknya untuk terus kekal di situ.

Petang tadi aku pergi ke sana lagi tetapi tujuannya berbeza. Aku memarking kereta betul2 dekat tempat warung itu didirikan. Ketika 25 tahun yang lepas tempat ini adalah tempat aku menikmati keenakan nasi ayam dan teh o ais. Aku hanya boleh mengingati sahaja nostalgia lama tetapi tidak menjelmakan keadaan seperti dahulu semasa melintas jejantas merentang Sungai menuju ke sebuah kedai makanan di  Lorong Bonus.

Diseberang ialah sebuah kedai makanan yang ada menjual roti canai spesel dan nasi kandar yang mavelos juga. Setiap sebulan sekali aku mesti kesitu. Semasa mengunyah roti canai banjir dicampur bersama telor suku – “benteng” mengambit memori indah. Gambar semasa menjamu selera ptg tadi, kedai makan di Jalan Bonus Satu.


3 Responses to “TERINGAT “BENTENG””

  1. RaYzeef Says:

    salam KR, abah saya selalu bawak kami adik beradik makan benteng dizaman awal 80an..memang terbaek memori indah ini 🙂

  2. lily Says:

    ini mmg mamak tempat makan favorite azri ni…

Leave a reply to rlans Cancel reply