OH KESIDANG

October 20, 2016

Pokok Kesidang ini asalnya telah bertahun-tahun lamanya membelit Pohon Kemboja di sebelahnya sehingga sampai lemas si Kemboja. Telah ku pangkas dahan-dahan Kesidang yang membelit dua Kemboja itu dan ku lencongkan ke arah luar sedikit.

20161020_084755_resized_1Moganya nanti kedua2 Kesidang ini akan berjumpa diantara satu sama lain dari sebelah kiri dan kanan untuk membentuk sebuah gerbang yang tempatnya bernama Laman Latar Siswa. Pohon Kemboja dan Kesidang ini memang ditanam sepasang sejak sekian lama di kiri dan kanan.

Begitulah juga hidup, kalau kita selamanya asik menumpang memanglah tak jadi apa. Kan lebih baik berdikari berjuang dengan diri sendiri.

Pohon Kemboja dan Kesidang sudah ku pisahkan dan kini Kemboja telah berbunga lebat hasil dari pankasan yang ku buat itu. Kesidang pula sedang melebatkan daunnya. Hai Kesidang berbunga lah cepat agar harum sekitarnya.20161020_084610_resized_1

Pagi tadi telah ku petik sekuntum bunga Kesidang dan sangat harum baunya. Khabarnya jika malam aroma haruman lagi semerbak. Bunga kemboja pula bertaburan dan sepatutnya ku kutip boleh di bubuh dalam mangkuk sebagai penyeri meja.

Hukum Rule of Thirds

October 18, 2016

Komposisi rules of thirds (undang-undang tiga bahagian) adalah salah satu prinsip komposisi yang popular digunakan oleh pelukis dan jurufoto untuk menyusun imej menjadi lebih baik dan menarik di dalam ruang karya. Rule inilah yang  aku ajar pada pelajar-pelajar semua pada Isnin yang lalu demi untuk kebaikan dan kelangsungan mereka untuk bekarya.

Dalam komposisi rules of thirds ini ianya hanyalah salah satu dari sebahagian prinsip komposisi di dalam banyak2 teori yang lain. Teori ini aku rasa agak mudah untuk  difahami. Andaikata ada yang masih susah memahaminya eloklah berjumpa dengan guru seni yang arif. Ye Sifu.

Apakah rules of thirds?

Pada rules of thirds, ruang kertas atau kanvas akan terlebih dibagi kepada tiga bahagian sama besar iaitu secara vertikal dan horizontal sehinggalah mejadi 9 petak yang sama besar. Dengan 9 petak yang ada, kita akan memiliki pertemuan empat titik di tengah-tengah ruang.

rules-3

Keempat2 titik pertemuan ini selalu disebut sebagai empat titik mata. Empat titik mata inilah yang secara ilusinya akan menjadi “point of interest” yang paling menarik untuk melakar imej.

Empat titik yang ada ini pula tidak seharusnya diisi bersama, cukup salah satu sahaja. Imej subjek akan diisi dalam empat titik ini mengikut feel@resa si pelukis.

Dalam ilmu seni lukis juga disebutkan juga bahawa ketika kita melihat sebuah gambar, mata manusia secara natural tertuju pada salah satu titik (empat titik) dibandingkan pada pusat titik tengah imej. Seterusnya imej yang disusun dengan komposisi rules of thirds ini akan lebih sedap dipandang secara sepontan.

Poster-poster dari Ultras Malaya

September 10, 2015

Ketidakpuasan hati penyokong tegar bolasepak negara telah membawa kepada sentuhan kreativiti dari ultras merekabentuk poster-poster ini. Rekabentuk lahir dari dalam hati – cantik-cantik dan penuh impression.

b10

b9

b1

b2

b4

b5

b6

b7

b8

Penang Maraton

November 12, 2014

Lama tak menjenguh blog sendiri di sini, hari ini aku kira perlu tulislah sikit takut bersawang pulak nanti. Borak tentang Marathon di Jambatan Penang, wow jambatan baru yang berada dalam 10 kelompok yang terpanjang di dunia.

Pulau Pinang Pulau Mutiara di situ ada 1001 kisah atau mungkin berjuta, dari zaman Francis Light hinggalah kepada LGE. Sape tau mungkinkan Francis Light itu ada berjogging di sekitar Padang Kota pada 200 tahun yang lalu. Aku abaikanlah cerita donggeng itu, apa yang dikisahkan ialah pada hari Ahad ini iaitu 16/11/2014 iaitu pada jam 1:30 pagi akan berlaku peristiwa besar dimana akan diadakan acara yang ditunggu-tunggu oleh pengiat suakan lari atau yang digelar maratoner. Acara superb ini dinamakan Asics Penang Bridge Marathon. Jambatan yang baru di bina ini dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sepanjang 24 km.

Aku juga turut menjadi pak turut untuk mengambil bahagaian  dengan join full marathon. Mudahan misi tahun ini berjaya dengan persiapan yang tak seberapa dan perlu menangung muatan diri hampir 82 kg dengan screw dan grease yang banyak longgar pula. Jika KL Marathon aku melakukan 4:50 mungkin di Penang akan memepunyai bib penangcerita yang lain pula iaitu suasana dan waktu seratus persatus berbeza.

Sayugia diingatkan acara larian jambatan ini telah dimulakan semenjak tahun 1985 lagi dengan venuenya di Padang USM dan Queensbay menggunakna route Jambatan Pertama. Sejarah Penang Marathon pula awalan pula bertempat di Padang Kota Lama sekitar awal 80an. Semasa aku menetap pada 1988 di USM dulu tidak pula aku hiraukan acara ini tetapi entah macam mana minat mendatang untuk join ketika umur makin hampir ke setengah abad. Ramai kengkawan yang acap kali telah menyertainya dan aku pula hanya dua kali sahaja.

KAPAS MARANG 2014

April 30, 2014

Kapas Marang diharungi sudah bersama-sama Laksamana gagah perkasa, gelaran pada perenang2 CAT yang berani menyahut cabaran berenang sejauh 6.5km dari Kapas ke Kelulut. Jika di laut aku kira sinonimlah gelaran itu. Tahun ini penyertaan semakin meningkat dan semakin meriah, katanya juga pada tahun hadapan mungkin jarak renangan akan ditambah menjadi 10km.

Renangan pada 21/4/2014 yang lalu ini aku tamatkan dengan masa 2:54.30 iaitu yang terbaik jika dibandingkan dengan 2 tahun lepas. Semasa renangan aku berpeluang mengikut atau follow perenang2 yang lain seiring bersebelahan dengan aku, yang pro laju aku hanya dapat cucuk dalam 200/300m dan lepas tu dia oang ghaib laju ke depan bersama ombak laut. Yang sama taraf pun kadang2 hilang tak tau ke mana pergi. Seperti tahun sebelumnya ramai yang berjuang survive pada 500m terakhir melawan ombak sampai satu ketika hampir mahu give-up. Sebuah video ingatan dapat aku sempurnakan sempena peristiwa itu.

RESEPI RAHSIA

March 4, 2014

Jumaat lepas ke Langkawi melawat Aina berbekalkan kasut konon nak training sejam dua tapi penyudahnya makan aje lebih. Banyak warung2 tersembunyi di sekitar Kuah yang makanannya sedap yang tidak diketahui oleh kengkawan kaum semua. Ulam serbanika lauk masakan kampung ada di warung bawah pokok nun…perghhh.

Semestinya badan tak keruan bila 3/4 hari tak berpeluh serta workout, pastinya aku mamai awal sebelum waktu. Dalam keadaan paksarela malam tadi selepas kelas cat air terus ke Palm PJ dan dapat lah dlm 1.6k. Lapan hengget sekali masuk bersamaan dgn 1.6k, kalau buat 4k mungkin berbaloi. Kolam Palm ni tempat mandi dan menyabun badan air shower sangat slow tu yang nora tak dapat bagi 4 bintang, dua aje boleh.

Tetibanya aku terasa nak update reban ni setelah tertengok menatang u kalau tiub ni….jom kita nengok kalau koang suka tentang resepi rahsia menguatkan tubuh utk melajukan renangan. Aku slow tetap slow walaupun dah ejas teknik lengguk twist perut yang dibagitau oleh Faizul minggu lepas. Ni semua pasal 70.3 dan Kapas Marang punya hal yang terdaftar sudah.

KISAH LARI SABTU/AHAD

November 25, 2013

cenderahati vc 2Sempena larian gegar hari Sabtu lalu, aku hadiahkan cenderahati kepada Datuk Naib Canselor berupa sebuah drawing dengan 3 pelari mewakili 3 bangsa utama iaitu India/Melayu/Cina berlatar belakangkan DTC dan Bukit Centa. Lebih manis aku pulak terpodium dapat no 3 kategori Veteran. Sebuah tropi dan hamper pengubat duka setelah dilanda masalah jual beli rumah pada malamnya dan juga perlu menyiapkan drawing ini. Entah berapa jam aje aku tido….mungkin 2/3 jam ajer aku dah lupa.

Pada keesokannya pula aku merempit untuk  Desa Park City park cityrunRun dengan mengunakan bib Azan setelah dia tak dapt datang desebabkan kekangan kerja di Ipoh. Kesudahannya aku tamatkan larian dengan masa 54 minit, jarak masa yang sama ketika menarah bukit cinta sebanyak 2 loops. Pehh laluan lagi berbukit dan lebih tough dari larian gegar. Race dan bukit memang tak dapat dipisahkan….jika dipisah juga maka pincanglah pace serta irama…ewah. Jika naik slow bila turun laju lah balik.

Lihatlah gambar aku nampak macam terlebih muatan dipingang kerana tak sempat simpan beg tu akibat dari kekangan masa ngam-ngam aje sampai dah terus flag off. Dalam beg hijau ni memacam ada, baju, camera, kunci entah apa jenis sampah sarap pun ada. Gambar oleh Crew Larian Gegar dan Tey Eng Tiong  

LARIAN WARGA EMAS KE 3

October 28, 2013

peace sketchLarian warga emas edisi ke 3 semalam selamat telah diadakan. Jika tahun lepas flag off di Taman Jaya, semalam dilancarkan pula di hadapan Bangunan pentadbiran MBPJ. Siren trompet berbunyi peserta terus menurun bukit dan laluan yang terus flat, cumanya sedikit rintangan bukit semasa km terakhir membelok semula ke finishing line. Jue Wong selaku master mind larian ini menunggu peserta2 di situ dengan sebuah senyuman…pehhh.

Penyertaan aku juga untuk kali ke 3 dengan catatan masa 31.02 saat dengan jarak 6.6km. Pace mungkin 4.8km seminit. Tahun lepas catatan aku 30.40s tetapi jaraknya ngam-ngam 6 km sahaja. Aku rasa ada peningkatan pada tahun ini. Juga menjak dua menjak ini ada sahaja injury di bahagian kaki, kejab di lutut, kejab belakang lutut, kejab di ponggong…telah menghalang aku untuk berlatih secara konsisten…..ewah macam serius bebeno bunyinya.

Juga semalam, semasa larian terasa aku belari slow tetapi terlupa rupa2nya aku telah bersaing dengan mereka yang dah lama laju.  Semasa mereka seiring dengan aku, kusangka “eh ni mungkin ini pace 5.40s tetapi rupanya pace 4.40s…..kelajuan tanpa disedari dan kelajuan juga boleh menghuru harakan degupan jantung ku yang 2 tahun lagi akan setaraf dengan tajuk di atas.

Juga aku juga terlupa yang mana ramai elite runners yang join. warga emas bib medalRamai yang berdesup2 di hadapan dengan pace bawah 4 minit dan mereka semua muda2 belia. Masa untuk mempamirkan kehebatan muda sebagai seorang runner…dulu telah aku lalui detik2 seperti itu. Pasti aku biarkan mereka pergi belari kencang macam kuda belang jantan mengejar sesuatu di tanah lapang gamaknya…..oo tak mungkin aku dapat mengejar mereka. Perkara itu telah berlalu…barang yang lepas jangan dikonang2. Juga ingatan semalam menandakan lagi 2 tahun aku akan menempuh usia jubli emas…….raikan kehidupan, jika panjang umur berjumpa lagi pada edisi yang akan datang.

Jom layan halua telinga dan jangan lupa ipod/mp3 cucuk di telinga seraya belari lepas ini: raikan cinta oleh Datuk M.Nasir

LARIAN UNTUKMU GAZA

October 22, 2013

gaza runHope this message finds you well.

Larian Untukmu Gaza, is a charity run organized by an NGO called Aman Palestin. We are currently in the midst of registration period for the run.

If you are not running in any other run on the 3rd Nov 2013, would you be interested to join our Larian Untukmu Gaza run? If possible, would you help us broadcast this announcement to your group of runners too?

Appreciate your reply.

Thank you. Wasalam & best!

Larian Untukmu Gaza 10K Run

Assalamualaikum,

Kami dari Larian Untukmu Gaza ingin menjemput anda untuk menyertai larian amal kami yang di anjurkan oleh pihak Aman Palestin. Kami amat memerlukan penyertaan anda dan seluruh umat Islam. Sudikah anda membantu kami dengan mendaftar di larian ini dan mengwar-warkan maklumat berkenaan dengan larian ini?

Maklumat Utama

Tarikh Acara: 3 November 2013 Larian bermula jam: 6.30, 6.45 & 7am Tempat: Wangsa Walk, Wangsa Maju

Jika anda belum ke FB page kami, sila lawati https://www.facebook.com/UntukmuGaza dan klik LIKE untuk maklumat terkini. Anda juga boleh menjemput rakan2 FB anda melalui FB invite atau https://www.facebook.com/events/354585734650748/?fref=ts atau sila layari http://home.hooha.asia/gazarun-2013.aspx untuk pendaftaran secara online (dibuka sehingga 25 Oktober 2013). Race Kit akan di agih pada 1 dan 2 November 2013.

Jutaan terima kasih di atas sokongan anda.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda.

Sekian & wasalam.

Bagi pihak Larian Untukmu Gaza

AKHIRNYA

October 1, 2013

pic 2Cukuplah sekali aku merasa belari sejauh 42km. Memang aku tak tertanggung dengan jarak jauh ini dengan weight 77kg dan screw yang dah longgar sana dan sini. Walau begitu ku gagahkan jua.

KLM adalah hari raya untuk semua yang bergelar runners. Raikanlah dengan jiwa, ambil lah bahagian tidak kira apa jua jaraknya. Marathon telah menemukan manusia yang bergelar pelari tidak mengira batas usia gender dan kaum. Marathon ejen perpaduan. Marathon memang tangkap leleh.

Marathon menempuh era kemodenan dan manusia belari semakin laju tapi aku tetap slow dan terus slow. Keputusan dengan timing cip beserta sistem digital dilaksana begitu cemerlang oleh penganjur. Namun masih ada juga kutu yang cuba keliwon. Walau apa pun dunia kini dengan segala macam gajet dapat menyaksikan keputusan, gambar, perbandingan di antara pelari2 begitu pantas sekali. Wow sangat awesome.

Aku turut meraikannya..ok, walaupun pada mulanya was2 sama ada dns, KLM 2dq ataupun dnf berlegar dlm fikiran.Tambang teksi pun dah stand bye dalam spelt belt.  Akhirnya aku berjaya juga melintas ke garisan penamat dengan masa 4:50minit. Hari ahad lepas dalam kenangan untuk tatapan anak cucu walaupun menggunakan bib En. Aziz Jantan. Musle pain di bahagian peha bermula pada jarak 25km lagi dan aku terpaksa memperlahankan kadar pace. Masih berkata dalam hati “kalau buat sub4 kan ke best”….wasalam