7K SEMPENA HARI WILAYAH

Semalam hari Ahad telah diadakan satu race yang dinamakan Kuala Lumpur City Day Run di Dataran Merdeka. Lebih kurang 2,300 peserta mengambil bahagian. Larian ini dianjurkan oleh Kuala Lumpur City Hall dan Federal Territory Amateur Athletic Association (Ftaaa), sempena sambutan hari Wilayah yang telah berlalu pada 1 Feb yang lalu. Entry fee hanya RM10 utk dewasa dan 3 hinggit untuk kanak2 (free pun tak ape coz dah ada peruntukan). Muhammad Sidek Khalid adalah pengarah Jabatan Budaya, Seni dan Sukan di DBKL – pepehal tak puas hati sila tanya kepada beliau. Kalau wa terserempak dengan dia, soalan yang wa nak tanya ialah tentang medal dengan sijil coz wa tengok sama aje dengan tahun lepas – tak ade perubahan. Lenkali buat lah elok sikit bagi peserta yang merempit ni puas hati lantas balik umah senang hati medal cantik.

Tahun lepas acara ini wa tak join kerana injured tetapi tahun ini wa join dan dapat menamatkan larian sejauh 7km dengan masa 38.20 saat. Syukur selamat sampai walaupun body weight still 79kg. He he sape soh tak diet…kalu diet gila babi dapat turun below 70kg maybe masa leh gi below 35mnit….wa yakin tapi tak lah ter over confident. Ramai gang dari Chap Ayam yang melakukan larian bersungguh2 sehingga ada yang naik podium…syabas dan tahniah kepada mereka. Lari untuk kesihatan adalah perkara paling wa utamakan termasuk dapat juga bersosial dgn kengkawan sepelarian dengannya. Membendong kolesterol dari menganggu gugat sistem tubuh. Hancuss statement aku…(gambar ihsan dari Talib Haron, Chap Ayam runners)

2 Responses to “7K SEMPENA HARI WILAYAH”

  1. zulhassan Says:

    hahah ayat ni power giler bro –>wa yakin tapi tak lah ter over confident

Leave a comment