SINI DULU

Masjid lama di kampung ku, Telok Panglima Garang. Kini telah dibina masjid baru yang lagi besau dan menaranya pun tinggi. Semasa pembinaan untuk menggantikannya di awal tahun 80an dulu, semua kariah bersembahyang di sekolah agama berhampiran. Banyak kenangan di Masjid ini terutamnya semasa di bulan puasa. More dan juadah selalunya disimpan di bahagian bawah menara. Aku suka naik ke menara ini untuk melihat pemandangan di bawah walaupun cuma 4 tigkat sahaja. Ialah masa umur 10 thn – 4 tingkat pun kira tinggi jugak masa tu. Ketika semua kariah sedang khusuk berterawikh aku pulak memain kat atas dan buat bising dan sambil turun ngap kuih2 yang ada di bawah. Tok bilal jadi stress nengok kelaku bebudak masa tu dan pernah sekali kena kunci olehnya ketika aku masih ada kat dalam. Bila kena kunci takut kena marah tak kan nak terjun pulak dari atas macam stunt man makanya kita orang pun sembunyila ditingkat dua dalam golongan tikar2 yang ada di situ. Selepas semua bersurai dengan tetiba kita oang kuar membuatkan tok bilal terkejut dan cemas. Nasib tak kena heart attack.  Pastu capai beskal terus cau. Kenangan mengusik jiwa lagi. Gambar diragut dari blog Aku Budak Telok.

Leave a comment