KISAH “TERRY FOX RUN”

November 1, 2009 by rlans

Photo_0475Pagi tadi aku telah join larian ini dengan memakai seluar panjang kain pulikat berbajukan “chap ayam runners”. Nampak macam Pak Lebai malang dayung ke hulu patah balik ke hilir, konfius mana satu nak gi – lelama dua jemputan kenduri melepas…hu hu hu. Mana dia gang2 yang nak pakai kain pulikat ni, wa tak jumpa carik pulak. Acara ini di adakan di Lake Garden, KL dengan penyertaan ribuan peserta. Bila dah ramai yg join maka bilangan kete pun banyak – mana mau parking. Wa park kete di Istana Selangor, 2 k dari tempat permulaan. Ada yang park sewenang2nya dimerata tempat sehinggakan menimbul masalah kpd org ramai. Lake garden memang mengalami masalah parking justeru itu penganjur harus mengalihkan event2 besar ke tempat lain. Gambar yang wa snap tadi ada kat FB ketua reban.

Terry fox run merupakan pertandingan yang tidak berdaftar yang diadakan setiap tahun di sebahagian penduduk di setiap negara di dunia ini. Terry Fox Run ini diadakan untuk mengutip dana bagi mengkaji penyakit cancer.

Acara ini dijumpai pada tahun 1981 oleh Isadore Sharp. Isadore Sharp merupakan orang yang sering berhubung bersama Terry Fox di hospital melalui telegram dan meluahkan hasratnya untuk mengadakan larian amal atas nama Terry untuk mengutip dana bagi mengkaji penyakit cancer. Larian amal ini diadakan setiap tahun pada setiap hari ahad minggu kedua dan diikuti dengan hari pekerja. Dengan ini, pihak mereka telah berjaya mengutip dana sebanyak lebih daripada $340 juta atas nama larian “Terry Fox Foundation” di Upper Canada College yang terletak di Toronto, Oranio. Dalam acara larian ini, Terry Fox Run Berjaya menjadi pengutip larian amal dana terbesar di dunia sejak tahun 2000. Larian amal ini merupakan acara yang tidak formal dan hanya larian jarak dekat digunakan seperti 5 hingga 15 kilometer. Penglibatan orang ramai menetapkan jarak larian yang hendak digunakan dalam acara ini. Larian ini juga sering dilakukan oleh pihak sekolah atas beberapa level dan selalunya jarak yang dilakukan lebih pendek berbanding dengan pihak luar buat,

Larian ini tidak sama dengan larian amal yang lain, iaitu Terry Fox Run ini tidak mempunyai pihak penaja. Hal ini disebabkan oleh atas permintaan Terry Fox sendiri untuk tidk melibatkan mana2 pihak selain daripada kaum kerabatnya. Terry Fox Run ini tidak dikormesialkan apabila tidak mempunyai sebarang iklan, tshirts, banners dan sebagainya.

Terry Fox dilahirkan pada 28 july 1958 di Winnipeg, Manitoba. Photo_0493Terry membesar tidak seperti kanak2 lain apabila sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan bakat yang ada pada dirinya dan sanggup menempuh segala cabaran yang harus dilalui dalam bidang larian. Terry selalu bercakap pada dirinya bhawa dia tidak akan pernah sesekali berputus asa dalam hidupnya. Terry merupakan seorang anak murid yang cemerlang dalam bidang akademik apabila sentiasa menunjukkan result yang baik kepada ibu bapanya walaupun sering aktif dalam bidang larian. Pada tahun 1976 Terry graduate high school dengan mendapat banyak A (tidak pasti) dan hanya satu B. Pada saat remja Terry menulis nota kepada ibunya bahawa dia akan terlibat dalam acara larian merentas Canada, namun begitu, pada tahun November 1976, Terry berasa sakit pada tulang lutut kirinya, namun begitu Terry tidak menghiraukan sakit itu dan terus melibatkan diri dalam permainan basketball pula. Tetapi pada bulan Mac tahun berikutnya sakit lutut itu sudah terlalu sakit dan terry tidak dapat menahannya lagi. Bapa Terry terus membawa Terry ke hospital dan mendapati  beliau meghidap penyakit kanser tulang. Kakinya harus dipotong dengan segera. Kehidupan terry berubah sama sekali. Enam hari selepas kakinya dipotong, Terry sudah mula belajar berjalan dengan kaki palsu dalam masa beberapa minggu shaja. Pada 30 Ogos 1979 Terry mengetuai ke Northern BC bersama rakan2 nya yang lain untuk bersaing dalam Prince George to Boston Marathon, a 17-mile race. Terry Berjaya menghabiskan larian itu selama 3 jam 9 minit. Bahkan pelari yang mempunyai dua kaki hanya sampai awal sepuluh minit sahaja dari Terry. *rujukan: wekpedia

KENAPA KU MELUKIS KEKADANG BERLARI?

October 29, 2009 by rlans

run lady runSketching ku paling terbaru dan sudah pun ku publish dalam FB supaya gang2 yang minat dan fanatik dalam bidang run boleh kongsi bersama. Just ambik masa 40 minit bila ku dlm mood baik, kalau mood tarak seminggu lum tentu siap agaknya. Aku seronok bila  melukis. Berlari, bersiar, melawat, makan angin, berjumpa, menempoh banyak ragam kehidupan yang sedih/suka lantas ku luahkan perasaan dan pengalaman itu di dalam sebuah karya. Apa pun sebab ku melukis lebih menjurus kepada terapi supaya memenuh masa lapang serta menghibur diri sendiri. Zaman berubah dari konvensional berganti moden dan telah membawa kita bersawangan dlm dunia IT.  Amat senang untuk show karya kpd public melalui screen deskstop memasing. Tiada siapa pun boleh menghalangnya, tak perlu ke galeri – hanya galeri maya sahaja. Apa pun reason nya alkisah diriwayatkan oleh para pengkaji seni visual, melukis ni asalnya adalah  bergantung kepada empat teori berikut iaitu:

Teori Mimetik ialah pelukis melukis bagi tujuan merekod dan merakam dalam bentuk realism sama seperti penghasilan imej sebuah kamera. Banyak lukisan-lukisan jenis ini yang dihasilkan pada silam memberi manfaat kepada manusia masa kini. Tanpa lukisan-lukisan lama yang masih tersimpan pada masa kini manusia sekarang tidak dapat menilai persekitaran generasi mereka pada masa dahulu.

Teori Pragmatik ialah manusia melukis kerana bertujuan mengkritik pihak lain atau mengkritik masyarakat. Maksud mengritik ialah menyindir, menyinis, menghentam dan sebagainya. Selain dari penulis, pelukis juga mampu menyatakan sesuatu perasaan tidak puas hatinya terhadap pihak lain atau masyarakat keleliling melalui karyanya. Teori ini sebenarnya menyangkal dakwaan kononnya setengah pelukis suka berkhayal dan membuang masa.

Teori Ekspresif pula lebih beroriantasikan pelukis di mana pengkarya melukis bertujuan semata-mata untuk melepaskan perasaannya. Dalam hal ini dia tidak memikirkan hal orang lain. Antara contoh pelukis yang pernah melukis berlandaskan teori ini ialah Publo Piccaso. Selain sebagai artis Piccaso dikatakan juga seorang kaki perempuan. Apabila beliau tidak puas hati atau marah terhadap kekasihnya Piccaso dikatakan suka melepaskan perasaannya di atas kanvas dengan melukis imej kekasihnya dengan penuh lucah dan hodoh. Picccaso dikatakan pernah melukis 85 keping lukisan wanita dalam keadaan sangat lucah dalam masa seminggu. Tidak ada apa-apa tujuan dia melukis picassolukisan-lukisan itu selain semata-mata untuk melepaskan geramnya terhadap kekasihnya. Sila rujuk salah satu lukisannya yang bertajuk Nude on The Cushion. Mengikut teori ini perasaan yang dilepaskan bukan semata-mata perasaan marah atau geram seperti Piccaso tadi. Ia boleh juga berbentuk perasaan melankoli, rindu, gembira sedih, sayu, dan sebagainya. Atau kita mungkin ingin menceritakan sesuatu mengenai sesuatu mengikut cara kita sendiri.

Teori Objektif
ialah  pelukis yang melukis untuk menikmati keindahan lukisan itu semata-mata. Teori ini juga lebih berorientasikan pelukis itu sendiri. Monet tergolong sebagai artis yang gemar aliran impressionisme. Lanskap adalah sebahagianClaude-Monet-The-Poppy-Field-15507 subjek lukisannya. Tetapi lanskapnya bukan seratus peratus realistik. Kerana beliau terlalu impress dengan apa dilihat di sekelingnya menjadikan beliau suka melukis subjek-subjeknya lebih indah dari keadaan sebenarnya. Sila rujuk lukisannya Poppy Field. Lukisan ini bukan dilukis bagi tujuan merekod ladang popi tetapi Monet sangat tertarik dengan keindahan bunga popi yang kemerahan dan segar. Pada rabu lepas aku berlari dalam sebuah kumpulan dalam gelap gulita lantas terilhamlah lukisan di atas. Memang ku suka run di dalam pekat malam dan hujan.

*rujukan:  Siti Nuridayah (blogs.myspace.com/sakure294)

KASUT OH KASUT

October 27, 2009 by rlans

APTOPIX BushANDA lihat gambar ini. Sebelah kasut pertama terbang di atas kepala Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq 14 Disember 2008, dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik.

“Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” Jerit Muntazer Al-Zaidi wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah, lalu membaling kasut yang dipakainya. “Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq”

Tetapi Bush berjaya mengelak menundukkan kepalanya dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin, manakala kasut kedua tersasar. “.. saiz no 10” Katanya sambil bergurau, walaupun disahut oleh beberapa orang saja.. dan akhirnya Muntazer segera dihukum oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu.

Gambar bawah pulak (sori ya wa tayang kasut), kisah kasut yang baru ku beli dgn harga rm427.00 dgn diskaun 30%. Insan yang membantu dapatkan diskaun itu ialah Ronnie, Hailmi dan Wong – mekasih daun keladi. Aku mengangkat kaki ku supaya senang Khairul snap picture untuk diabadikan sebagai kenangan larian Mizuno pada Ahad, 25 Oktober lalu. Sdr. Khairul telah publish dlm FB dan wa telah komen berbunyi “dasyat gambo ini sama taraf dgn photograper CNN, reuters, Upi, NG, Utusan, BH, Star pun tak boleh challenge. Memang sebuah gambar membawa seribu makna. Tiada cerita tiada blog, tiada kamera tiadalah gambar…..Kontra betul cerita atas ngan yang bawah…atas melepas geram manakala bawah guna untuk run merempit sesama kengkawan. *Bersama gang chap ayam runners….hu hu hu mkn ambutan. Lain musim wa bawak lagi.

kasut NB

RAMBUTAN MIZUNO, 1225 NB

October 25, 2009 by rlans

my rambutanApasal lak tajuk rambutan mizuno, ape kena mengena dgn rambutan ni ? Wa jawab: kerana ari ni wa bawak rambutan yang wa petik dari kampung semalam. Itu rambutan kasi rasuah halal sama CAR member supaya dgn harapan atau rambutan 3bukan harapan mereka akan lebih gigih berlatih dan boleh membina satu dinamika keluarga berteraskan “run for health” dan ceria, ketawa berdekah2, senyum meleret sampai ke telinga bersama one CAR, one M’sia.

Ok, laluan nya yang berbukit2 itu maka digelar mizuno wave run. Acara tahunan ini dianjurkan oleh Pacesetter  Running Club dgn dibiayai oleh Mizuno (produk pengeluar barangan sukan terbesar di dunia). Suka wa cite sikit tentang Mizuno ni:  sejarah sukan olimpik bermula di Athens, Greece pada 1896 itu telah dimonopoli Negara Eropah dan mizuno 2Amerika sahaja yang mana mereka juga turut mendominasi pengeluaran utama barangan sukan. Justeru itu, selepas empayar Meiji (1868), setelah Japan join untuk pertama kali di sukan olimpik moden edisi ke lima pada tahun 1912 maka tibalah satu usaha dibuat untuk industri  barangan sukan keluran Japan. Rihachi Mizuno dan adiknya Rizo adalah duta produk sukan Japan apabila mengasaskan Mizuno Brothers Ltd. di Osaka pada 1906. mizuno pictMizuno brothers Ltd telah menjadi peneraju utama pengeluara barangan sukan yang amat bermutu tinggi sehingga lah sekarang. Selama 100 tahun melintasi waktu peperangan dan aman, Mizuno berkembang maju  dan tidak heranlah mereka boleh sponsor event promosi seperti acara hari ini. Gitulah serba sedikit yang wa tahu setelah wa celok dlm wikpedia dan mizuno history tentang asal-usul Mizuno ni, tak yah nak cite panjang2. Hari ni, lokasi UPM, lebih kurang 5 ribu manusia telah dtg join race ini dgn cuaca yg ok dan route yang indah. Peserta yang jaguh, elit, taraf biasa, sekadar eksesais, sengaja nak seronok dan segala punca semua ada. Mereka datang dari jauh hanya sekadar untuk join race ni, salute pada mereka yang berkorban untuk join larian ini.

medal mizunoBersama pengasas CAR, Hailmi wa sampai kul 6.40 dan parking di kaw. bawah pokok sebelah Stadium.  Larian wa bermula di kelompok belakang dgn starting yang sesak dan cram. Jadinya wa folo je ribuan rambutanmanusia yang bersasak tu dgn berhati2 supaya kaki tak berbelit dgn kengkawan yang lain. Kalu terbelit, tersungkur jatuh sendiri tanggung, hu hu hu. Pemandangan runner menuruni bukit dgn pakain vest hijau mizuno amat artistik dengan background kampus UPM saujana mata memandang. Purghh tangkap feel tapi sayang tak dpt snap coz tak bawa kamera. Kalu run tadi sambil ambik gambo, sah lah no medal. Pace 5k pertama ok tapi masuk ke jarak 7k, wa punya body sudah mula lemau dan untuk mengelak jadi derita heart rate melangkau 150 ppm wa slow kan pace menjadi 6m per km. Bila sampai km terakhir 2 bukit mencanak menanti sempat wa menyapa runner yang memakai kasut sama macam wa NB1225 – Its ok ka? Then dia kata mavellous, wa setuju dan merasa bahawa kasut ni adalah yang terbaik pernah wa tangkap. Kepada members all the best, sporting, cun, mancho dan berjumpa lagi di lain perlumbaan, wasalam. Ada sorang pakai kasut brand sama, running doctor (car 30), wa pun tak pernah sembang dgnnya…hu hu hu…lain kali jom sembang dan mudahan akan kantoi ke garisan penamat akibat terlebih sembang dari run.

AKU DAN KARYA BARU (ART WORK)

October 15, 2009 by rlans

MY WORK 1Tajuk: Masuk Merisik, Tahun 2009, Media: Digital Photo, Saiz:12″x7″

Beberapa susuk masuk ke dalam sebuah rumah dengan imej blur serta bergerak dengan segala harapan. Imej garisan yang jelas sebagai petanda perjalanan yang kudus walaupun menempoh rencah dan rencam.

BERSAWANGAN (DENGAR AYAM DEN LAPEH)

October 14, 2009 by rlans

Last blog update pada 4 Okt lepas, sekrg dah 14 Okt bermakna dah 10 hari blog ni bersawangan..ha ha ha ape nak buat dah busy. Tu si hailmi lak ngajo register FB lantasnya wa layan FB lak. Dulu wa tangkap pot tapi rupanya lagi happening, patutla banyak blog bersawang. Tak lama lagi apa lak dia org nak reka…ontah la jang oii, tunggu dan tengok ajelah..apo apo pun sebagai menghibur hati yang lara mai dengar lagu “ayam den lapeh” nyanyian Syaifaana. lagu oleh A Hamid@Hadi dan penyanyi asalnya Elly Kassim (60an). Wa sengaja tak download versi asal bcoz minah ni dah veteran takut ko org boring lak nanti. Ape2 pun mari join nyanyi bersamaku…jangan malu, aku budak minang.

Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima ati den indak karusuah
Awak takicuahai ai… ayam den lapeh

Mandaki jalan Pandaisikek
Basimpang jalan ka Biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai… ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang Batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai… ayam den lapeh

Den sangko lamang nasi tuai
Kironyo tatumpah kuah gulai
Awak ka pasa alah usai
Oi lah malang denai

O hoi … ayam den lapeh

WA GUMBIRA JOIN EKIDEN

October 4, 2009 by rlans

Ayam OrganikEkiden ni berasal dari acara lumba relay yang dimulakan pada 1917 dipelopori oleh syarikat surat khabar yang bernama  Yomiuri Shimbun. Sejarahnya bermula apabila satu perlumbaan selama 3 hari berturut-turut di antara Bandar Kyoto (old) dan Tokyo (modern) sejauh 508 km. Race relay ini telah berkembang ke melata tempat termasuk di Australia, New Zealand, Canada, Spain, Belanda, China, German, France, USA, Korea, Malaysia dll. Perkataan Ekiden bermakna “station” dan  “transmit”. Hari ini acara ini telah diadakan pada kali yang ke 4 di Putra Jaya dan wa telah join dengan penuh semangat bersama g1rakan yang lain iaitu Pak Yob (60 thn), Fendi (46 thn), Rahman (28 thn) Borhan (26 thn) dan Din (44 thn) sebagai simpanan. Nama geng kami ialah “Ayam Organik” dari kelab running CAR. Keputusanya mendapat tempat ke21 dari 39 group man open. Setiap runner kena menghabiskan larian sejauh 3km aje. Aku sebagai pelari pertama cuba fight dgn Farid tapi kena sayur semasa last 1k ending. Hu hu hu kena kutuk dgn Pak Yob, Wa catat masa 13.56 iaitu masa taraf beli kangkong dikejo sekor doggy pendek. Rangkaian  larian bermula bila wa pass selempang kpd Pak Yob then pass kpd Rahman, kpd Borhan, seterusnya kpd Fendi sebagai last runner. Wa satu baris bersama Dato Sabbery Cheek semasa race bermula (turut join sebagai pelari pertama) dgn menyarung nike lunar.  Arakian ramailah yang bersalaman dgnnya. Woit lu olang nak salam dgn menteri ke atau nak run. Selesai run kami my ekden 2semua berkumpul di grand stand untuk sesi mengambil gambar dan beramah mesra sesame ahli kelab. Gembira berjumpa dan masih belum terlewat berslaman sempena Hari raya. medalAyam dara tersipu malu semasa bergambar kerana tukang snap gambar lambat sangat – meke dah letih posing. Sempat bawak kuih raya lagi. Tengok Mr. Sekretari sebok arrange sesi photo dgn Kosmo. Walaupun tertinggal bas utk ke station, Mr. Rustam Pacesetters tetap unggul dan ceria bergambar. Tuan Zul Galeh pulak cepat nak celah bcoz 3 open house sedang menunggu. Pak Yob tak sempat bergambar kerana gi ambil kamera kat kete tapi malang bateri lak abis. Maklumat race dan gambar masih belum diterima kerana ramai kengkawan letih agaknya untuk download atau update blog masing-masing. Selepas tu wa sempat tengok Putra Jaya 2009 Iroman yang kebetulan diadakan pada hari yang sama dan sempat melambai dan triathlon_byclemenyorak Zul Hassan dan Sofian berkayuh dengan penuh semangat. Tabik pada kengkawan yang join trithlon ni. Purgh hebat, mancho, kalah pun tak ape dan yang penting lu kasi abis tu race sudah banyak dasyat. Basikal manyak canggih, karbon, cantik – berapa puluh ribu harga, maybe 20k agaknya. Ohh basikal macam lu olang, bila gaknya ku boleh sambar satu.

KLIA HANTAR FITHRI

October 3, 2009 by rlans

klia groupSemalam aku pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menemani keluarga isteri menghantar adiknya pulang belajar semula ke UK. Mata ku melilau heran serta kagum memandang keunikan senibina dan keluasan airport ni yang mana nilainya RM 9 billion. Dari sudut sejarahnya KLIA telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Ja’afar pada 27hb Jun 1998. Seramai 25 juta penumpang dan 650 000 tan kargo datng dan pergi serta sesi pemunggahan dalam setahun. Mungkin pada 2020, angaran jumlah penumpang akan meningkat ke 60 juta dan urusan kargo klia 1kepada 1.2 juta tan setahun. Meke yang pergi seketika hiba menghantar, yang kembali gembira menyambut. Ada yang gi sinkat aje dan ade juga yang gi lama bertahun-tahun, macam-macam ade. Ade juga yang merajuk membawa diri tak kembali lagi. Berkasih di sini putus kasih di sana pun ada. KLIA mempunyai 2 landasan dan mempunyai 106 tempat pemakiran berbanding dengan satu landasan sahaja di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (dikenali juga sebagai Lapangan Terbang Subang) yang hanya mempunyai 44 tempat pemakiran. Jasa mantan Tun Mahatdir Mohamed merealisasikan airport ni amat disanjung tinggi. Berapa kali agaknya kengkawan naik pesawat mengguna air port ni agaknya? Wa hanya dua kali hu hu hu, nanti wa pencen jadi lelaki global baru tauu…takut jemu pulak.

Perkhidmatan lalulintas udara di KLIA beroperasi sepenuhnya dengan perpindahan pesawat Malaysia Airlines dari Subang ke KLIA pada malam 29hb Jun. 1998 Pada hari berikutnya, jam 7.20 pagi, penerbangan pertama berlepas ke Langkawi iaitu MH1432 klia 2yang membawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad. Manakala penerbangan antarabangsa yang pertama pula ialah MH84 berlepas ke Beijing pada jam 9 pagi. Bagi pendaratan pesawat domestik yang pertama ialah MH1263 dari Kuantan pada jam 7.10 pagi dan pendaratan pesawat antarabangsa yang pertama pula ialah MH188 dari Maldives pada jam 7.30 pagi.

Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Ling Liong Sik secara rasminya telah melancarkan pembukaan landasan kedua pada 8hb Oktober 1998. KLIA seterusnya memberi perkhidmatan pendaratan dan perlepasan pesawat berterusan dengan pembukaan landasan yang kedua ini. Wa celok fakta ni  dari dca info – hu hu jgn marah ya.

Sebelum beroperasinya landasan yang kedua, KLIA hanya mampu mengendalikan antara 30 ke 35 pergerakkan pesawat sejam. Kini, sehingga 50 pergerakkan pesawat dapat dikendalikan dengan beroperasinya ‘mode segregated’, iaitu satu landasan untuk mendarat dan satu lagi untuk berlepas. JM berianiOperasi ‘Mix Mode’ pula, ialah operasi di mana kedua-dua landasan boleh mengendalikan sehingga 60 pergerakkan pesawat sejam. Kedua-dua landasan tersebut adalah sepanjang 4000 meter dan 60 meter lebar yang boleh menampung kesemua jenis pesawat untuk berlepas ataupun mendarat. Walaupun citenya begitu, KLIA masih belum dapat menandingi kehebatan Hong Kong International, Seoul Incheon atau pun S’pore Changi. Juga belum dapt apa-apa award dari Skytrax (Airline and Airport reviews). Cite lama parking kete tak jumpa berulang lagi – jadi wa tersasul la mencari mana lak kete ni. Pulang dari KLIA Ahmad Luqman (abang kpd  Fithri) telah sponsor GM Beriani di TTDI untuk semua keluarga malam tu, amboi sedapnya beriani daging sehingga menjilat jari. Minuman bandung campur soda ala Johor menambah kelazatan makan malam kami itu. Mekasih pada Man semoga murahlah rezekinya.

OH BATIK KU CAP KU LUKIS

October 2, 2009 by rlans

Indonesia isytihar menang ‘pertikaian batik’

Susilo gesa rakyat memakai baju batik esok rai keputusan Unesco

JAKARTA: Presiden Indonesia menggesa 234 juta rakyat negara itu memakai batik bagi meraikan kemenangan berhubung hak perebutan warisan kebudayaan dengan negara jiran, Malaysia.

Wa dah tau lama perkara ini. Banyak perkara yang menjadi warisan di sini ada persamaan di sana. Ambik iktibar ya kepada tokoh budayawan, ilmuan, cendiakawan dan kengkawan untuk kenal pasti yang mana satu warisan sebenar kita. Juga dulu ramai yang berhijrah kemari dan membawa warisannya sekali. Budaya hidup Nusantara patut begitu – apa salahnya. Congkak, wau, gasing, batu seremban, tin tin, galah panjang dan police century – silalah bawa ke Unesco – hu hu hu. Mana tau kot boleh jadi hak warisan. PhD dah ramai sangat, tak kan sorang pun tak ade fakta tepat tentang perkara sebegini rupa. Batik ni sebenarnya hasil keje tangan dan melambak penguasa batik di dunia ni. Perkakasan nya sama seperti menghasilkan kerja kraf yang lain seperti melukis, mengukir, buat labu sayong dan wayang kulit. Cat minyak asalnya dari mana? Renaisan era ke, mane ke – ambik brush boh color lukislah. Pak Lah tolong pengusaha batik dengan menggalakan penjawat awam memakainya setiap khamis dan ramai juga pakai design atau corak seberang – no hal punya. Lu tengok cite sumpah orang minyak dgan dialog Daeng Idris  “oii mali beli batik corak baru – murah murah” rekaan pelukis bongkok (P.Ramlee) yang mana pelukis batik nya luar biasa bagus maka hasilnya disukai ramai. Sape buat cantik, tekun dan hasilnya ada aura lantasnya orang suka – find. Jangan repot-repot.

KAKI KITA

October 1, 2009 by rlans

legMemacam kaki ada: kaki tipu, kaki pau, kaki lagak, kaki minum, kaki bodek, kaki bola, kaki lari awek member, kaki nombor dan berbillion kaki lagi. Update hari ni wa nak gebang sikit pasal kaki kita. Manusia mempunyai kaki dan buku lali yang kuat dan kompleks terdiri dari 26 tulang dan 33 sambungan atau join serta beratus muscle, tendon dan ligamen. Sejarah dari kajian pakar anthropometric mengatakan pada 1197 di Amerika Utara menunjukkan orang lelaki dewasa yang berumur 35.5 tahun mempunyai jarak panjang kakinya iaitu 26.3cm.

Kaki terbagi kpd 3 bhg. iaitu hindfoot, midfoot dan forefoot (belakang, tengah dan hujung la): Hindfoot terletak di bhg.  talus atau tulang ankle. Skeleton-footCalcaneus ialah tulang tumit. Dua tulang panjang dibhg lutut dan ke tumit dipanggil tibia dan fibula menyambung bhg atas talus membentuk ankle. Penyambungan talus di  subtalar jointcalcaneus adalah tulang paling besar kaki. Layer lemak menjadi kusyen kpd tulang kaki

Lima tulang biasa di bhg midfoot dipanggil cuboid, navicular dan tiga tulang cuneiform membentuk arches kaki footberperanan sebagai pelapik kaki. Midfoot bersambung pula dengan hind dan forefoot sebagai musle plantar fascia. Bhg. forefoot adalah bhg yang membentuk 5 toes (jari la) dan koresponden kpd metatarsus.

Begitu lah kisah cite saintifik bhg kaki kita. Seorang runner dan pejalan kaki jarak jauh sering terlupa tentang kaedah pengunaan kaki yang disayangi ini. Kengkawan masih muda memang hero dan kamakaze join banyak event tapi ingatlah kesannya bila terjadi over use, di suatu masa nanti. Mendarat dgn tumit menjadikan larian kita tidak laju malah akibatnya boleh diserang radang atau haus tumit dipanggil plantar faciatiis. Mendarat dgn hujung jejari pula akan mengakibatkan tulang menjadi senget. Landing yang terbaik adalah dibhg tengah kaki (midfoot). Luncurkan seperti berjalan atas ais tarik ke belakang dan luncurkan semula menjadi satu graviti. Meke masih ada kaki….hatiku sedih tak dapat beli adizero, nike lunarglide, asics gel-kayano dan tetapi sedih pilu bertukar  insaf lihat gambar dibawah ni…….walaupun berkaki ayam berkasut fong keong ku tetap ada kaki……….jagailah kaki anda.

heroes